Sunday, 26 August 2018

Punca berlaku Perang Khandak

Punca berlaku Perang Khandak. Perang Khandak berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah. Dikenali 'khandak' atau parit kerana umat Islam telah menggali parit di sekeliling Madinah sebagai kubu. 

Peperangan ini berpunca dari hasutan kaum Bani Nadir. Mereka berpakat dengan kaum Quraish Makkah untuk menyerang orang Islam Madinah.

Pakatan di kalangan suku-suku Yahudi dan tentera Quraish Makkah ini menyebabkan Perang Khandak juga dikenali Perang Ahzab yang bermaksud bersekutu atau gabungan.

Permulaan kepada perancangan menyerang umat Islam di Madinah berlaku pada awal tahun 627 Masihi. Bani Nadhir diketuai Huyayy ibn Akhtab bersama pemimpin lain dari Khaibar, pergi ke Makkah bagi membuat perjanjian dengan Safwan.

Sebahagian besar tentera Gabungan dikumpulkan musyrik Makkah diketuai Abu Sufyan dengan membawa 4,000 tentera infantri (berjalan kaki), 300 tentera berkuda, dan antara 1,000 ke 1,500 orang yang menunggang unta.

Bani Nadhir pula mula menghasut nomad di bahagian timur Semanjung Arab (Najed). Pihak Nadhir juga berjaya membawa Bani Ghatafan bersama menyertai mereka, dengan menyogok Ghatafan separuh hasil tanaman mereka. Kumpulan ini kedua terbesar, menambahkan kekuatan seramai lebih kurang 2,000 orang dan 300 kuda, diketuai oleh Unaina bin Hasan Fazari.

Bani Assad yang diketuai oleh Tuleha Asadi juga bersetuju menyertai pihak Nadhir dan Gabungan. Bani Nadhir juga mendapat 700 orang daripada Bani Sulaim walaupun kelompok ini, jika tidak terdapat beberapa orang besarnya yang menyenangi Islam, mungkin lebih besar kekuatannya.

Bani Amir, yang ada membuat perjanjian dengan Nabi Muhammad, enggan turut serta. Suku-suku lain termasuk Bani Murrah, dengan kekutan 400 orang dipimpin Hars ibn Auf Murri dan Bani Shuja, dengan 700 orang yang dipimpin Sufyan ibn Abd Shams.

Jumlah keseluruhan tentera Gabungan, dianggarkan seramai lebih kurang 10,000 orang infantri dan 600 orang berkuda.

Gambr sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment