Wednesday 17 October 2018

KHASIAT KEMUNTING CINA

Pokok kemunting cina bukan sahaja sesuai dijadikan tanaman hiasan, tetapi juga pokok kaya khasiat perubatan. Pokok kemunting cina juga dikenali nama pokok tapak dara, pokok janda kedah, pokok kembang sari cina, pokok ros pantai dan pokok rumput jalang. Pokok kemunting cina banyak tubuh di kawasan tepi pantai dan kawasan tanah berpasir. 

Batang pokok kemunting berkayu (sedikit keras) pada bahagian bawah dan bercabang banyak yang akan muncul dari batangnya. Daunnya berbentuk bujur memanjang dengan rerambut halus pada kedua-dua sisinya. Pokok kemunting cina membiak melalui keratan batang dan biji benih. 

Pokok kemunting cina khasiatnya bagus mengawal darah tinggi. Petik 2 helai daun tersebut kemudian rendam dengan air panas dalam cawan dan tutup cawan tersebut. Apabila sudah suam airnya barulah di minum. Darah akan jadi normal jika selalu kita amalkannya.  

Pokok kemunting cina juga mujarab untuk mengatasi dan merawat kanser. Daun, bunga dan buah dimasukkan dalam mulut dan dikunyah hingga lumat serta ditelan. Air yang terdapat dalam bunga, buah dan daun dapat diserap oleh sel-sel kanser dan mendesak atau menghilangkan sel-sel kanser. 

Rebusan daun dapat mengurangkan sakit haid dan merawat gigitan serangga. 

Pokok kemunting cina mengandungi cantharanthine, leorosine, lochnerine, vindotine, akuamine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin. Bahan-bahan tersebut dapat mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga mengandungi vinbalistin dan vincristine yang digunakan dalam kimoterapi untuk rawatan kanser. 

Pokok kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastine dan vinkristine yang boleh merawat leukemia dan darah tinggi. 20 gram kemunting cina putih atau merah (yang telah dikeringkan) direbus menggunakan 1000ml air dan diminum airnya dipercayai mengubati penyakit tersebut. 

Pokok kemunting cina dikategorikan sebagai tumbuhan beracun. Ia hanya boleh diambil dalam sukatan yang telah ditentukan dan dibenarkan sahaja. Jangan ambil terlalu banyak pada satu-satu masa.  

Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi tidak digalakkan untuk mengamalkan persediaan herba ini. Mereka mengalami masalah buah pinggang dan tekanan darah rendah juga perlu menghindarkan menggunakan kemunting cina.

Walaupun terdapat spesies yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesies liar) dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment