Wednesday 17 October 2018

BUAH TARAP SABAH SEDAP DIMAKAN, MENJADI REBUTAN

Di Sabah, buah tempatan paling popular ialah buah tarap atau dipanggil juga buah timadang, pingan dan marang di kalangan penduduk di Borneo. Pokok tarap tumbuh subur di kawasan beriklim tropika dan mudah didapati di Borneo, termasuk Sabah. Ia berbentuk bulat dan beratnya bolah sampai satu kilogram. 

Kebiasaannya buah yang masih muda mempunyai kulit berwarna hijau pekat, manakala buah yang sudah masak pula mempunyai kulit berwarna hijau kekuningan.

Buah tarap yang sudah masak sangat mudah dikopek untuk diambil isinya. Sekali pandang, bentuk luaran buah ini seperti cempedak dan nangka, tetapi bentuknya lebih bulat. 
 
Isi buah tarap pula berwarna putih susu. Mereka yang mahu makan buah tarap hanya perlu menggunakan tangan untuk membelah kulit atau mengopeknya dan mendapatkan isinya.

Jika dahulu, buah tarap mudah didapati dan kebiasaannya dijual oleh penduduk kampung pada harga yang murah. Namun disebabkan permintaan yang tinggi, buah tarap kini ada yang dijual melebihi RM20 sebiji. Harga biasa sebiji antara RM5 hingga RM10. Buah tarap banyak didapati bermula Disember sehingga Febuari. 

Selain rasa manis apabila masak, buah tarap yang mentah juga boleh dipotong kecil-kecil untuk dimasak sebagai sup sayur yang dicampur ikan masin atau daging lain. Selain itu, buah tarap yang masak boleh dicampur dengan adunan tepung untuk dijadikan kuih. 
 
Biji tarap juga boleh dimakan jika dimasak. Mudah kata, kepada mereka tidak pernah melihat buah dan merasai buah tarap, ia bolehlah disamakan dengan buah cempedak dan nangka, walaupun jauh berbeza.

Sebenarnya, pokok tarap juga terdapat di Semenanjung. Namun dipanggil pokok terap. Kulit batang terap boleh diproses dijadikan tali. 
 
Di Kedah terdapat daerah dinamakan Padang Terap. Tetapi terap di Semenanjung tidak terkenal kerana buahnya kecil dan isi juga amat kecil. Jadi, buah terap di Semenanjung tidak boleh atau tidak sesuai dimakan.

Penulis pernah tersalah cakap kepada orang Sabah ketika pernah bertugas di Sabah. Apabila dikatakan buah tarap atau buah terap diminati penduduk Sabah, lalu penulis kata, di Semenanjung buah terap, monyet pun tidak mahu makan. 

Bukan niat untuk menghina, tetapi membayangkan betapa buah itu tidak mendapat permintaan di Semenanjung. Masa itu, penulis belum tengok buah terap di Sabah. Selepas itu, penulis sempat beberapa kali makan buah terap. Rasanya sedap, biarpun sedikit rasa maung. 

Buah lumuk terkenal di Sarawak

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete