Tuesday 16 April 2019

PUCUK UBI KAYU KAYA KHASIAT

Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan. Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim.

Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.

Kandungan protein dalam daun ubi disebut-sebut setara dengan protein pada telur, dan mengandungi lebih dari 60% asid amino esensial. Kerana kelebihannya ini, daun ubi sangat baik untuk mencegah sembelit, baik untuk kesihatan mata, dan mampu meningkatkan kekebalan tubuh.

Asid amino dalam daun ubi kayu juga berguna untuk pemulihan luka dan kulit yang bermasalah serta rosak. Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak, menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik. Selain itu juga ia membantu memulihkan sistem metabolisme tubuh.

Klorofil dalam daun juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser.

Daun ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat badan. Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman.

Bagaimana anda ingin menikmati keenakkan pucuk ubi terpulang kepada anda. Mungkin dicelur dan dicicah dengan budu atau belacan. Boleh juga masak lemak cili padi, goreng cili api, sambal tempoyak petai dan pucuk ubi, rendang, ulam dan kerabu.

Untuk mendapatkan pucuk ubi kayu tidak sukar kerana pokok ubi kayu mudah tumbuh. Di kampung-kampung, terdapat kawasan yang pokok ubi kayu dianggap sebagai semak kerana banyak tubuh dengan sendiri melalui keratan batang yang dibuang di sesuatu tempat. Jadi, sesiapa pun boleh petik pucuk daun ubi kayu di kampung dengan percuma.

Pucuk daun ubi kayu ada banyak jenis. Ada jenis pokok ubi kayu yang daun pucuknya agak pahit. Jenis paling sesuai untuk dijadikan daun pucuk ubi kayu sayur ialah pokok ubi kayu pulut.

No comments:

Post a Comment