Thursday 18 April 2019

POKOK BUNGA KANTAN MUDAH MEMBIAK

Pokok kantan atau lebih dikenali pokok bunga kantan merupakan tumbuhan herba yang hidup berumpun seperti pokok lengkuas. Sebab itu mereka tidak arif tentang pokok kantan akan mengatakan itu pokok lengkuas.

Pokok kantan tergolong pokok liar yang tumbuh tanpa ditanam dan tidak memerlukan penjagaan. Pokok kantan boleh hidup subur di kawasan rendah asalkan tidak menakung air. Sebab itu pokok kantan banyak terdapat di tepi sungai atau paya.

Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak humas. Untuk tumbuh subur, pokok kantan memerlukan sedikit naungan dari pokok yang lebih besar atau tinggi daripadanya.

Pokok kantan membiak melalui rizamnya dan biji benih yang terhasil daripada buahnya. Rumpunnya sentiasa bertambah daripada anak pokok yang tumbuh melalui rizomnya. Bunga pokok kantan juga tumbuh melalui rizom pokok yang terdapat di dalam tanah.

Biarpun pokok kantan tumbuh meliar, kini usaha penanaman pokok kantan dilakukan secara kecil-kecilan di kebun atau laman rumah. Ini kerana bunga kantan mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan ramuan dalam pelbagai menu masakan, terutama laksa pinang.

Pokok kantan biasanya dibiakkan melalui keratan rizom daripada sebatang pokok. Jarak yang sesuai antara satu pokok dengan pokok yang lain ialah 1 meter hingga 2 meter.

Anak-anak pokok akan muncul daripada rizom tersebut setelah beberapa minggu disemai. Anak pokok kantan boleh juga disemai melalui biji benih kantan yang matang. Bunga kantan yang tidak dituai akan mengeluarkan buah kantan yang mengandungi biji benih yang boleh disemai tetapi pertumbuhannya agak lambat.

Hanya setahun atau lebih selepas ditanam, pokok kantan mula berbunga dan berbuah. Selalunya bunga-bunga kantan yang belum kembang dipungut dengan memotong di bahagian pangkal batang.
 

 


 


No comments:

Post a Comment