Friday 19 April 2019

AK 25 - LOJI AIR KAMPUNG TELOK DALAM PROSES PEMBINAAN


Bagi menampung bekalan air untuk penduduk jajahan Kota Bharu, satu loji rawatan air kini dalam pembinaan di Kampung Telok, Panji.

Loji yang menggunakan teknologi ozon ini dijangka siap dan mula beroperasi pada akhir Disember 2019 dengan penghasilan sebanyak 30 juta liter sehari.

Penghasilan air dari Loji Rawatan Air Kampung Telok itu nanti dapat membantu menampung pengeluaran dan penyaluran bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air Chica, Kubang Krian.

Kerajaan Kelantan berusaha meningkatkan penghasilan air terawat untuk penduduk sehingga 600 juta liter sehari bagi seluruh Kelantan. Pun begitu, jumlah itu hanya memenuhi keperluan kira-kira 70 peratus keperluan sebenar.

No comments:

Post a Comment