Sunday, 19 May 2019

AK 1 - TIDAK PERNAH GAGAL HANTAR BIL AIR

Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) tidak pernah gagal menghantar bil air setiap bulan biarpun sebenarnya perkhidmatan yang diberikan untuk membekalkan air kepada pengguna berada di tahap paling gagal.

Isu kegagalan AKSB memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna bukan perkara baharu. Perkara ini telah berlanjutan sejak berpuluh tahun lalu.

Selain kualiti air yang tidak memuaskan seperti keruh dan berkarat, masalah lain yang dialami pengguna ialah penyaluran bekalan air sentiasa tertanggu secara tidak berjadual.

Masalah bekalan air bukan sekadar berlaku sehari dua, bahkan ada yang berlanjutan sehingga berminggu-minggu. Malah lebih teruk lagi ia melangkaui tempoh tahun.

Akibat masalah itu, banyak pengguna AKSB terpaksa mencari alternatif lain untuk memenuhi keperluan air harian untuk kegunaan keluarga dengan cara menggali telaga atau membuat 'boring'.

Namun, tidak semua bernasib baik kerana air telaga di sesetengah kawasan berbau dan tidak selamat digunakan.  

No comments:

Post a Comment