Majlis Perbandaran
Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) telah melaksanakan Sistem Letak Kereta
Elektronik-Web (SLKE-WEB) bagi menggantikan meter sedia ada di bandar Kota
Bharu.
Pelaksanaan sistem
baharu ini merupakan satu transformasi terbesar bukan sahaja dalam pengurusan
sistem letak kereta di Kelantan, malahan juga di Malaysia.
Penggunaan sistem baru
ini merupakan pelaksanaan yang ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan
Johor Bahru. Selain kedua-dua bandar tersebut, ia turut digunakan di
bandar-bandar utama di Asia, Amerika Utara, Eropah dan Australia.
Sistem ini merupakan
pelaksanaan perisian yang paling lengkap dengan mengutamakan konsep ‘multiple
payment’ sistem dengan penekanan utama terhadap kaedah ‘Cashless’.
Melalui konsep ini,
MPKB-BRI menyediakan pelbagai kaedah pembayaran untuk kemudahan pengguna. Di
antaranya ialah pembayaran menggunakan aplikasi telefon pintar, kad pintar yang
berasaskan kad ‘touch n go’.
Selain itu, pembelian
pas bulanan boleh dibuat menggunakan komputer peribadi dan aplikasi telefon
pintar dan sistem ini berasaskan License Plate Recognition (LPR) di mana segala
rekod dan status pengguna boleh disahkan melalui mesin pengimbas.
Pengguna boleh layari
laman sesawang atau mengimbas QR Code dan seterusnya membuat bayaran melalui
aplikasi-aplikasi tersebut.
Selain aplikasi
telefon pintar, pengguna boleh melakukan transaksi menggunakan kad-kad pintar
yang berasaskan ‘touch n go’.
Kemudahan ini memberi
banyak keselesaan kepada pengguna kerana mereka tidak perlu lagi membawa
syiling yang banyak. Pelancong dari negeri-negeri lain juga tidak akan
menghadapi kesukaran untuk membayar caj parking di Kota Bharu.
Pengguna yang membuat
bayaran akan mendapat resit dari mesin tersebut yang mengandungi beberapa
maklumat, termasuk masa tamat. Resit itu tidak perlu dipamerkan di kereta.
Jadi, ia memudahkan pengguna tidak perlu kembali ke kereta untuk meletakkan
resit.
Catatan masa tamat
memudahkan pengguna menambah bayaran. Ia boleh dilakukan di mana-mana mesin
tanpa perlu pergi ke mesin berdekatan dengan kereta.
Jika pengguna berpindah
petak atau ke lokasi baharu, pembayaran tidak perlu dibuat selagi belum tamat
masa.
No comments:
Post a Comment