Saturday, 15 June 2019

MEMISAH AGAMA POLITIK MENOLAK KESEMPURNAAN ISLAM


Satu aspek terbesar yang memainkan peranan dalam kehidupan manusia sejagat adalah politik. Hendak atau tidak, politik tetap berlaku dalam kehidupan setiap insan bagi menjadikan kehidupan mereka normal dan teratur.

Segala masalah yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah berlaku akibat politik. Politik yang tercipta dari perbuatan manusia sendiri ini mestilah mempunyai panduan supaya tidak terkeluar dari landasannya..

Landasan dimaksudkan ialah agama Islam. Ajaran Islam tidak memisahkan kehidupan seharian dengan hukum dan peraturan. Islam sesuai diamalkan sepanjang zaman dan memenuhi keperluan manusia melaksanakan amanah sebagai khalifah.

Sesuatu yang ditetapkan oleh Allah sebagai pencipta manusia dan seluruh kandungan alam ini, sudah tentu mengetahui segala-galanya tentang ciptaannya lebih dari ciptaannya itu sendiri.

Biarpun politik itu dicipta oleh manusia, namun hakikatnya ia tidak boleh dipisahkan dengan peraturan ditetapkan Islam. Politik menjadi gawat dan dipandang kotor disebabkan sikap ahli parti dan masyarakat yang tidak mamatuhi peraturan ditetapkan agama.

Tidak kiralah sama ada politik itu dilihat dari segi pemerintahan atau kehidupan manusia. Jadi wajarlah dikatakan bahawa politik dan agama itu tidak dapat dipisahkan dan sudah tentu agama yang dimaksudkan di atas merupakan agama yang dicipta oleh Allah SWT dan bukannya agama yang dicipta oleh manusia sendiri.

Manusia yang ingin memisahkan politik dari agama sebenarnya menolak kesempurnaan Islam yang sesuai untuk semua aktiviti kehidupan manusia.

No comments:

Post a Comment