Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan
yang dicapai oleh negara umat Islam bergantung kepada kemampuan dan
kewibawaan pemimpin di dalam mentadbir sesebuah negara.
Umat Islam berada di kemuncak kegemilangan di zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Nilai-nilai kemanusiaan, nilai kebenaran, keadilan dan berkasih sayang dihayati dengan sempurna dan diteruskan oleh kepimpinan Khalifah ar-Rashidin.
Umat Islam berada di kemuncak kegemilangan di zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Nilai-nilai kemanusiaan, nilai kebenaran, keadilan dan berkasih sayang dihayati dengan sempurna dan diteruskan oleh kepimpinan Khalifah ar-Rashidin.
Kemampuan seseorang pemimpin menerapkan
nilai-nilai tersebut di dalam sesebuah negara akan menjadi penentu kepada kemajuan
tamadun umat manusia semasa. Sekiranya berlaku di sebaliknya maka kepincangan
hidup manusia akan berlaku dan pelbagai masalah akan wujud.
Untuk mengelak berkeadaan sedemikian maka
seorang pemimpin itu perlu memahami dan mendalami ciri-ciri yang perlu ada di
dalam sebuah negara Islam.
Sesebuah negara perlu mematuhi syariat Allah
SWT dari segi perlembagaan dan segala urusan pemerintahan. Di dalam Islam,
Allah SWT tidak mengira bangsa, warna kulit, pangkat, harta, kaya, miskin dan
mereka semuanya adalah hambaNya yang mesti mematuhi apa suruhan dan
laranganNya.
Manusia tidak boleh berlagak menjadi Tuhan
dan sebarang perbuatan yang melanggar syariat Allah SWT adalah syirik.
Sesebuah negara Islam akan berjaya sekiranya
mendapat sokongan yang padu daripada rakyat. Kewujudan satu-satu negara Islam
adalah melalui proses kehendak manusia itu sendiri apabila mereka menyokong
syariat Islam.
Negara Islam akan terbentuk apabila adanya
golongan yang beriman kepada Islam. Melalui ilmu dan perjuangan yang dicari,
dipertahankan, maka terhasilah keimanan yang sebenar.
Mereka yang mempunyai matlamat yang jitu
tidak akan mudah tergoyah dengan anasir-anasir jahat yang akan meruntuhkan
tembok keimanan mereka.
No comments:
Post a Comment