Sunday, 16 June 2019

KADA MULA PROJEK PILOT TANAMAN KOPI DI MEKASAR


Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) melalui Bahagian Industri Asas Tani memulakan pilot projek menanam pokok kopi di Mekasar, Pasir Mas di tapak tanah seluas 1 ekar. Sebanyak 3000 pokok dapat ditanam di kawasan berkenaan.

KADA berhasrat menjadikan kopi sebagai tanaman sampingan bagi meningkatkan pendapatan petani berikutan biji kopi mempunyai permintaan tinggi dan boleh dipasarkan ke seluruh dunia.

KADA merancang untuk menyediakan anak pokok kepada petani supaya mereka turut terbabit dalam industri kopi yang kini menjadi ‘trend’ pembangunan ekonomi di seluruh dunia.

Nilai import negara untuk biji kopi ketika ini agak tinggi dan jika ramai petani terbabit dengan tanaman kopi, sudah tentu mereka pula yang menjadi pengeksport kopi, sekali gus mewujudkan rantaian nilai dalam industri terbabit.

Di Kelantan kini sudah mempunyai outlet dan pengilang kopi berjaya termasuk dua peserta KADA, namun mereka mendapatkan biji kopi dari luar negara.

Dengan wujudnya tanaman kopi di Kelantan, petani dapat membekalkan biji kopi kepada mereka, malah boleh menghasilkan jenama kopi sendiri yang boleh dibangunkan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment