Wednesday 17 July 2019

TENDER KERAJAAN TIDAK PERLU SURAT SOKONGAN

Ramai individu mahupun syarikat sama ada kecil atau besar berminat untuk berurusniaga menyediakan produk atau perkhidmatan kepada kerajaan. Sebab, untungnya besar dan banyak skop kerja yang boleh dilakukan.

Cara hendak sediakan produk atau perkhidmatan kepada kerajaan ni ada banyak caranya seperti pembelian terus, sebutharga dan masuk tender.

Ambo tidak mahu membincangkan mengenai cara tersebut atau bagaimana cara dan proses hendak mendapatkannya.

Apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah mengenai ketelusan proses menganugerahkan tender tersebut.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaungkan slogan amanah dan tolak rasuah. Jadi, kaedah yang sepatutnya ialah melayan setiap permohonan secara adil tanpa apa-apa sokongan mana-mana pihak.

Semua individu atau syarikat dilayang sama rata dan penganugerahan kontrak dibuat berdasarkan kepada syarat yang telah ditetapkan.

Semoga kerajaan PH telus dan adil dalam apa jua urusan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment