Saturday 22 October 2016

Tukar pasangan cari kelainan kepuasan

Akibat ingin mencari kelainan dan kepuasan, ada pasangan suami isteri melakukan amalan tukar pasangan seks. Mengamalkan tukar pasangan dianggap lebih 'mulia' berbanding curang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.

Selain mencari pasangan yang sama aliran secara bersemuka, sekarang ini banyak perbincangan dan tawar menawar sehingga bersetuju melakukan pertukaran pasangan dilakukan melalui media sosial atau atas talian.  

Tukar pasangan, kekadang dirujuk sebagai gaya hidup bertukar pasangan, ialah "kegiatan seks bukan monogami yang boleh dihayati oleh sesuatu pasangan dan yang diperlakukan hampir serupa dengan mana-mana kegiatan sosial yang lain". 

Fenomena penukaran pasangan boleh dilihatkan sebagai sebahagian revolusi seks pada dekad-dekad kebelakangan ini yang berlaku selepas kenaikan mendadak kegiatan seks yang dimungkinkan oleh amalan hubungan seks lebih selamat pada waktu yang sama.

Bertukar pasangan dahulu dikenali sebagai tukar bini atau tukar suami.

Penyelidikan saintifik yang subjektif telah dijalankan di Amerika Syarikat sejak akhir 1960an. Maknanya amalan itu telah lama berkembang di negara Barat.

Satu kajian berdasarkan soal selidik dalam talian yang ditujukan kepada pengunjung tempat  berkait penukaran pasangan mendapati bahawa penukar pasangan adalah lebih bahagia dalam hubungan mereka berbanding dengan norma.

Sekitar 60 peratus daripada mereka mengatakan bahawa penukaran pasangan memperbaik hubungan mereka, manakala 1.7 peratus berkata bahawa penukaran pasangan mengakibatkan hubungan mereka kurang bahagia.

Sekitar 50 peratus daripada mereka yang menilai hubungan mereka sebagai "sangat bahagia" sebelum menjadi penukar pasangan mendesak bahawa hubungan mereka telah bertambah lagi bahagia. 90 peratus daripada mereka yang kurang bahagia berkata bahawa penukaran pasangan memperbaik hubungan mereka.

Soalan berkenaan masalah cemburu:
- Hampir 70 peratus daripada penukar pasangan menjawab bahawa mereka tidak mengalami sebarang masalah;
- Kira-kira peratus menjawab bahawa masalah mengawal kecemburuan sewaktu penukaran pasangan adalah agak benar; dan
-  6 peratus daripada penukar pasangan memilih jawapan "ya, sangat benar".

Soalan berkaitan kebahagiaan dan keterujaan:
- 59 peratus daripada penukar pasangan memilih jawapan "sangat bahagia", berbanding dengan 32 peratusyang bukan penukar pasangan; dan
- 76 peratus daripada penukar pasangan memilih jawapan bahawa kehidupan mereka telah menjadi "lebih menguja", berbanding dengan 54 peratus yang bukan penukar pasangan.

Tidak terdapat banyak perbezaan antara jawapan lelaki dan jawapan wanita, walaupun lebih banyak lelaki (70 peratus) menyertai kajian itu.

Biarpun kajian itu tidak diakui tepat sepenuhnya, hakikatnya ia semakin berkembang. Perbuatan menyalahi tabie itu tidak seharusnya dilakukan biarpun apa alasan yang diberikan.  

No comments:

Post a Comment