Saturday 22 October 2016

Rempah herba kaya khasiat

Khasiat rempah dan herba yang digunakan secara tradisi dalam masakan dan perubahan terbukti berkesan dan memberi manfaat. Nenek moyang kita menggunakan rempah herba semulajadi untuk kesihatan terbaik. Generasi sekarang menggunakan rempah herba yang diproses dalam bentuk jus dan pemakanan tambahan yang mendapat sambutan hebat kerana terbukti mujarab.

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah terbukti mampu mengatasi masalah keputihan di samping menstabilkan kitaran haid wanita, menyegarkan bahagian intim dan meningkatkan fungsi seksual wanita selain mencegah serangan penyakit.

Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyahtoksin, malah melambatkan proses penuaan. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.

Cili Bulat: Capsicum atau cili bulat berasal dari kawasan tropika di Amerika dan hadir dengan warna merah, kuning dan hijau. Capsicum kaya dengan Vitamin C dan beta-carotene yang bersifat antioksidan dan mampu membasmi racun dalam badan sekaligus berupaya menentang serangan penyakit. Capsicum juga mampu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan, selain menstabilkan sistem penghadaman dan meningkatkan sistem imunisasi.

Pudina:  Minyak pati pudina diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang penting untuk tubuh badan manusia. Selain membantu mengatasi masalah nafas berbau, ia turut meredakan sakit kepala dan tekanan di samping menyegarkan tubuh badan agar anda kekal aktif dan bertenaga.

Habbatussauda: Habbatussauda mengandungi asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Di samping itu, Habbatussauda turut membantu mengatasi masalah jerawat dan kulit kering serta berupaya memelihara sistem penghadaman dan pernafasan.

Delima: Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyahtoksin seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus. Ia juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta membekalkan tenaga fizikal.

Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah daripada serangan penyakit.

Prun: Kajian pakar menyatakan pengambilan makanan berserat tinggi seperti prun dengan berterusan membantu mencegah penyakit jantung, di samping melancarkan sistem penghadaman dan perncernaan. Prun juga kaya dengan vitamin K dan A yang berperanan menggalakkan penyembuhan luka, mengukuhkan tulang serta mengawal tahap gula dalam darah selain membantu memelihara kesihatan kulit. Prun juga berupaya melindungi usus daripada serangan kanser dan menurunkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan.

Kurma: Kurma terbukti kaya dengan serat dan potassium untuk menyeimbangkan kandungan air dalam badan, mencegah dari serangan kanser usus, membantu dalam pembinaan otot serta memelihara sistem saraf.

Beri Acai: Beri Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel di samping membantu memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Selain itu, Acai turut membantu mengatasi masalah jerawat, menyingkir kesan parut, dan menyerlahkan seri kulit serta mampu melancarkan peredaran darah, mengurangkan tahap kolestrol LDL, meningkatkan tahap tenaga dan meredakan tekanan.

Minyak Sawit: Minyak sawit mengandungi vitamin E dan co-enzim Q10 yang berperanan mengurangkan tahap kolestrol dalam badan di samping mencegah kanser. Lemak sayuran ini juga mampu melindungi arteri, membantu meremajakan kulit wajah, dan bertindak sebagai agen anti-oksida bagi mencegah kerosakan sel.

Minyak Kayu Putih: Minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.

Bawang Merah: Bawang merah mengandungi polyphenol, biotin, mangan, serat, fosforus, potassium, folat serta vitamin B1, B6 dan C yang berfungsi memelihara sistem kardiovaskular, meningkatkan sistem imunisasi serta menstabilkan kadar gula dalam darah. Ia juga tinggi kandungan flavonoid yang bersifat antioksidan bukan sahaja berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan penuaan, malah turut berfungsi sebagai agen antiradang yang membantu mencegah pengoksidaan asid lemak.

Buah Pala: Buah Pala sememangnya kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, protein, kalium dan berperanan mengatasi masalah pencernaan, meningkatkan daya konsentrasi, mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi di samping melancarkan saluran pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat kulit yang berjerawat.

Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah nifas. Selain itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Bawang Putih: Bawang Putih mempunyai kegunaan dalam bidang perubatan tradisional serta kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium dan protein yang mampu menghapuskan parasit, membantu melancarkan sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

Kulit Kayu Manis: Kulit kayu manis mengandungi serat, kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya mengurangkan risiko serangan kanser serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan menyingkir bau badan yang kurang menyenangkan selain membantu meredakan ketegangan otot, mengecutkan jerawat dan membantu mengekalkan kehalusan kulit.

Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.

Lada Hitam dan Lada Putih: Ekstrak lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan. membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut.

Jadam: Jadam sering digunakan dalam perubatan tradisional Timur Tengah bagi mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengatasi masalah sesak nafas, kegatalan, kencing manis serta menstabilkan tahap kolestrol.

Cengkih: Cengkih ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membasmi bakteria, membekalkan tenaga, menstabilkan sistem pencernaan di samping berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.

Serai Wangi: Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyahtoksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.

Pandan: Selain mengharumkan produk makanan dan penjagaan diri, daun pandan juga berupaya melagakan sakit kepala dan dada serta mengatasi masalah kulit, demam, kekejangan perut serta mempercepatkan pemulihan ibu dalam pantang.

Akar Wangi: Akar wangi merupakan antara ramuan semulajadi yang berkesan untuk merawat masalah jerawat pada kulit.

Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman. Selain itu juga, senduduk berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita selepas bersalin. Ia juga bertindak merawat keputihan dan buasir di samping membuang angin dalam badan.

Kayu Sepang: Kayu sepang yang bersifat antiseptik ini mampu mempercepatkan pemulihan luka, melancarkan peredaran darah serta meneutralkan racun dalam tubuh.

Limau Nipis: Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida yang mencegah kerosakan sel di samping membantu menyahtoksin, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan kedutan, meredakan sakit kepala, menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan, memelihara metabolisme di samping memelihara kecantikan dan kulit wajah.

Temu: Temu putih yang bersifat antioksidan dan antiradang ini berupaya merawat luka, meredakan sakit pada sendi, memelihara sistem pencernaan serta memulihkan tenaga kaum ibu setelah melahirkan anak.

Pinang: Buah pinang mengandungi alkaloid yang berupaya meneutralkan racun dalam tubuh badan. Selain itu, pinang turut berperanan mengecutkan rahim selepas bersalin, merawat luka, serta mengatasi masalah pendarahan yang berlebihan ketika haid.

Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan membantu mengekalkan kelembapan kulit selain berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga mampu merawat luka, di samping melancarkan peredaran darah sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman.

Jasmine (Melati): Minyak pati bunga melati sering digunakan dalam aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan, memelihara sistem saraf, mengatasi kemurungan, melegakan sakit kepala serta menstabilkan tekanan darah.

Serbuk Param: Serbuk param berfungsi untuk menghangatkan tubuh badan, menstabilkan peredaran darah, mengatasi keletihan, menguatkan tisu tubuh, membuang angin dalam badan serta mengembalika seri wajah ibu dalam pantang.

Cengkih:  Cengkih yang bersifat antiseptik ini berupaya memulihkan luka, merawat jangkitan kulat, meredakan ketegangan, mengatasi sakit kepala, memelihara sistem pernafasan, meningkatkan sistem imunisasi serta membantu menyihat dan mencantikkan kulit.

Beras: Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, namun mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkir sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.

Daun Turi: Daun turi yang bersifat antioksidan ini membantu memulihkan luka, meredakan demam nifas dan sakit kepala, di samping menggalakkan penghasilan susu ibu.

Asam Keping: Asam keping atau asam gelugur kaya dengan khasiat, asid sitrik, serat, vitamin dan mineral serta bersifat antioksidan untuk meneutralkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya. Asid askorbik yang terkandung dalam asam gelugur ini pula berperanan untuk membasmi bakteria pada tubuh.

Jintan Putih: Jintan Putih mampu mencegah kanser, meningkatkan sistem imunisasi, menyahtoksin, membuang angin dalam badan serta memperbaiki sistem penghadaman serta mengandungi thymol yang berupaya merangsang pengeluaran asid dari dalam perut.

Jintan Manis: Flavonoid yang terkandung dalam jintan manis dapat mengurangkan kandungan kolestrol, mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

No comments:

Post a Comment