Monday 17 October 2016

Hak rakyat pilih pemimpin

Rakyat perlu taat kepada pemerintah dan bersama-sama menjaga keamanan negara. Mereka yang membuat onar dan perbuatan mendatangkan kemudaratan kepada keamanan dan keselamatan negara dikira pengkhianat dan melakukan dosa.

Perbuatan mereka perlu dikengkang dan dihalang. Jika mereka tidak peduli kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan, itu sudah dikira sebagai musuh negara.


Mereka perlu ditahan dan dibicarakan mengikut lunas undang-undang. Namun, dalam keadaan tidak terkawal, mungkin akan berlaku tindakan pihak keselamatan hingga menyebabkan kehilangan nyawa pihak awam. Dalam soal ini siapa harus dipersalahkan?

Maka itu, patuh dan taat kepada perintah yang dikeluarkan oleh pemerintah adalah wajib. Dalam konteks negara kita, jika tidak suka atau benci kepada pemerintah, tindakan yang perlu dilakukan ialah melalui kuasa undi. Semasa pilihan raya umum, rakyat berhak menentukan individu atau parti mana yang layak menjadi pemerintah.

Kita bimbang perbuatan berbalah sesama sendiri akan menyebabkan kerugian besar kepada agama, bangsa dan tanahair. Pada ketika itu, akan ada pihak lain yang mengambil kesempatan. 


Ketika kita lemah dan berpecah menyebabkan orang lain mudah melaga-lagakan kita. Mereka akan menanguk di air kuruh. Yang rugi adalah kita. Menyesal kemudian tidak berguna lagi. 

No comments:

Post a Comment