Sunday 15 January 2017

Kebaikan omega 3

Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita. Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3.

Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA.

 ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga. Kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak ALA yang diuraikan.

EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Manfaat dan kebaikan Omega 3:
-  Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
-  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
-  Mencegah salur darah dari tersumbat
-  Mengelakkan strok
-  Mengekalkan tekanan normal darah
-  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
-  Mengurangkan sakit kepala
-  Merendahkan kolestrol
-  Mencegah pembekuan darah dalam badan
-  Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
-  Mengawal masalah obesiti
-  Mengurangkan risiko penyakit jantung
-  Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
-  Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
-  Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
-  Membantu menyihatkan paru-paru
-  Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
-  Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah danhepatitis.
-  Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
-  Menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
-  Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
-  Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
-  Memelihara fungsi-fungsi sendi
-  Mencegah penyakit gout
-  Mencegah insomnia.
-  Mengurangkan tekanan emosi.
-  Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
-  Membantu memperbaiki masalah autism.
-  Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive.
-  Mengurangkan masalah schizophrenia.
-  Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


No comments:

Post a Comment