Monday, 17 April 2017

HIDUP SIHAT CERIA

Kesihatan perkara paling penting dalam kehidupan.  Tidak guna ada banyak wang dan pangkat tinggi jika keadaan kesihatan tidak baik.  Sebab itu, kita perlu jaga kesihatan agar sentiasa sihat dan terhindar daripada penyakit berbahaya.

Satu cara untuk hidup sihat dan bertenaga ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Makan cara sihat dan perbanyakkan minum air kosong. Air amat penting untuk kehidupan. Jadi, jangan lupa minum banyak minum air kosong.

Kepada yang merokok, berusahalah untuk berhenti merokok.  Perbuatan merokok boleh membahayakan kesihatan.  Banyak kematian berlaku disebabkan perbuatan merokok, yakni punca kepada penyakit barah dan lain-lain.  Berusahalah berhenti secara perlahan-lahan.

Istirahat yang cukup juga amat penting, terutama mereka yang sudah berumur.  Badan perlu rehat dan dalam keadaan tenang.  Jangan marah dan hindari perasaan tertekan.  Biarpun banyak mana bebanan kehidupan, hadapinya dengan tenang.  Berusahalah untuk mengatasinya dan berserahlah kepada Allah.

Jiwa yang tenang adalah tonik kehidupan sihat paling baik. Dekatkan diri dengan Allah dan bermohon kepadanya agar hidup kita berlangsung dengan tenang dan ceria.  

No comments:

Post a Comment