Tuesday 4 April 2017

Bertepuk sebelah tangan

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat mendefinisikan tepuk sebagai tamparan kedua-dua belah telapak tangan hingga berbunyi; bertepuk tangan mengadakan bunyi dengan menamparkan kedua-dua telapak tangan (tanda gembira, bersetuju, dan lain- lain): kanak-kanak boleh disuruh tepuk atau menghentakkan kaki mengikut rentak lagu.

Peribahasa Melayu: Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyai bermaksud:
- Cinta yang tidak berbalas
- Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.

Berdasarkan maksud  'tepuk' seperti dinyatakan Kamus Dewan Bahasa, bermakna tidak dipanggil 'tepuk' jika hanya sebelah tangan. Tepuk mesti menggunakan kedua-dua tapak tangan yang ditemukan secara kuat atau menampar.

Jadi mengapa peribahasa menggunakan ungkapan 'bertepuk sebelah tangan'?

Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment