Sunday 10 September 2017

Khasiat buah jengkol

Buah jering atau jengkol kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan badan. Hasil penelitian menunjukkan bahwa jering kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, fosfor, kalsium, alkaloid, minyak atsiri, steroid, glikosida, tanin, dan saponin. Kandungan vitamin C pada 100 gram biji jering adalah 80 mg, sedangkan keperluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.

Jering memang terkenal di kalangan pengemar ulam. Di kalangan orang Melayu, jering dipelbagikan penggunaannya dari buah muda hinggakan yang sudah tua. 

Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Malah ia turut menyebab bau busuk pada najis lebih daripada biasa, tetapi tidak seteruk kesan makan petai. Selain itu kesan makan jering juga menyebabkan air kencing yang berbau hancing kuat.  

Jering yang dipilih untuk dijadikan ulam biasanya yang masih muda. Isinya lembut dan mudah untuk dikenyah. Isu buahnya menjadi keras apabila semakin tua. Jika buah tua terus dibiarkan, ia akan merengkah atau terbuka yang menyebabkan isinya terjatuh tetapi kulitnya, terutama bahagian tangkai akan terus kekal di ranting atau dahan pokok. Mungkin itu sebabnya dikatakan peribahasa tangkai jering.

Jering merupakan sumber protein yang baik, iaitu 23,3 g per 100 g bahan. Kadar proteinnya jauh melebihi tempe yang selama ini dikenal sebagai sumber protein, iaitu hanya 18,3 g per 100 g. Keperluan protein setiap individu tentu saja tidak sama. Selain untuk membantu pertumbuhan dan pemeliharaan, protein juga berfungsi membangun enzim, hormon, dan imunisasi tubuh.

Protein juga memberikan kesan menenangkan otak. Protein membantu otak bekerja dengan cepat dalam menerima pesanan. Bagi anak-anak, protein sangat berperanan untuk perkembangan tubuh dan sel otaknya. Pada orang dewasa, apabila terjadi luka dan sebagainya, protein dapat memulihkan kembali sel-sel yang rosak.

Jering cukup kaya dengan zat besi, iaitu 4.7g per 100 g. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Gejala-gejala orang yang mengalami anemia kekurangan zat besi adalah lelah, lemah, pucat dan kurang ghairah, sakit kepala dan mudah marah, tidak mampu berkonsentrasi, serta mudah terdedah terhadap infeksi. Penderita anemia kronik menunjukkan bentuk kuku seperti sendok dan rapuh, pecah-pecah pada sudut mulut, lidah sulit menelan.

Remaja, wanita hamil, ibu menyusui, orang dewasa, dan vegetarian adalah yang paling berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi. Di dalam tubuh, zat besi sebahagiannya terletak dalam sel-sel darah merah sebagai heme, suatu pigmen yang mengandung inti sebuah atom besi.

Jering juga sangat baik bagi kesihatan tulang kerana tinggi kandungan kalsium, iaitu 140 mg/ 100 g. peranan kalsium pada umumnya adalah untuk membantu pembentukan tulang dan gigi, serta mengatur proses biologis dalam tubuh.

Keperluan kalsium terbesar adalah pada saat membesar, tetapi pada masa dewasa penggunaan yang cukup sangat dianjurkan untuk memelihara kesihatan tulang. Penggunaan kalsium yang dianjurkan pada orang dewasa adalah 800 mg per hari. Kandungan fosfor pada jering (166.7 mg/100 g) juga sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta untuk penyimpanan dan pengeluaran tenaga.

No comments:

Post a Comment