Tuesday 19 September 2017

Rumah paku atas jalan

Rumah paku’ atau rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah-tengah projek pembangunan bukanlah fenomena baharu di China. Pemilik rumah enggan berpindah kerana mendakwa pampasan yang diberikan kerajaan tidak mencukupi atau atas alasan lain. 

Keadaan itu tentu sekali memberi kesan gangguan kepada kelancaran projek. Ada yang berkeras tidak berpindah sehingga lebih 10 tahun. Mereka tinggal di 'tengah' jalan yang sibuk tanpa memperdulikan keselamatan diri dan keluarga. Namun, itu adalah hak mereka berdasarkan kepada undang-undang di negara berkenaan. 

Di Malaysia, soal pengambilan tanah berpandukan kepada Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh mengambil tanah yang dikehendaki:
- Bagi mana-mana maksud awam ;
- Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pandangan PBN memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang awam amnya atau mana-mana kumpulan orang awam : atau
- Bagi maksud perlombongan, atau bagi maksud-maksud kediaman, pertanian, perdagangan dan perindustrian atau maksud rekreasi atau kombinasi mana-mana maksud tersebut.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak pemilikan harta. Perlucutan hak pemilikan harta hanya boleh dilakukan mengikut undang-undang dan dengan membayar pampasan yang mencukupi.

No comments:

Post a Comment