Tuesday 19 September 2017

Cara proses pengambilan tanah

Pihak kerajaan tidak sewenangnya mengambil tanah yang telah dimiliki individu mahupun syarikat.

Di Malaysia, soal pengambilan tanah berpandukan kepada Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) yang memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh mengambil tanah yang dikehendaki. 

Keperluan mengambil tanah itu atas keperluan:
- Bagi mana-mana maksud awam;
- Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pandangan PBN memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang awam amnya atau mana-mana kumpulan orang awam:
- Bagi maksud perlombongan, atau bagi maksud-maksud kediaman, pertanian, perdagangan dan perindustrian atau maksud rekreasi atau kombinasi mana-mana maksud tersebut.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak pemilikan harta. Perlucutan hak pemilikan harta hanya boleh dilakukan mengikut undang-undang dan dengan membayar pampasan yang mencukupi.

Kerajaan terpaksa mengambil tanah milik kerana tanah Kerajaan adalah terhad dan mungkin tidak sesuai dari segi saiz dan lokasi yang diperlukan untuk projek pembangunan atau infranstruktur. Proses membina jalan baru atau pelebaran jalan adalah antara sebab pengambilan tanah.

Proses pengambilan tanah juga dapat mengatasi masalah pindahmilik dan halangan-halangan perundangan yang mengambil masa yang lama sekiranya tanah itu diperolehi melalui proses pembelian terus.

Soal urusan penmgambilan tanah diuruskan oleh PBN kerana hal berkaitan tanah berada di bawah bidang kuasa negeri. Jadi, kementerian atau jabatan kerajaan Pusat perlu memohon kepada PBN untuk urusan pengambilan setelah mengenalpasti tanah yang diperlukan.

Setelah permohonan pengambilan tanah diluluskan oleh PBN, Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) akan membuat pemberitahuan atau pengisytiharan dalam warta Kerajaan Negeri.

Jika sekiranya warta pemberitahuan dibawah Seksyen 4 dibuat, Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan notis awam awam mempamerkannya di tempat-tempat tertentu iaitu di Pejabat Tanah, dipapan kenyataan awam di Mukim atau Pekan di mana tanah terletak dan di atas atau berhampiran dengan tanah.

Amaun pampasan adalah diasaskan kepada harga pasaran tanah pada tarikh warta dibawah Seksyen 4 atau dibawah Seksyen 8 APT 1960 dengan mengambil kira prinsip penilaian yang ditetapkan di dalam Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486).

Perkara yang boleh dibantah ke mahkamah adalah berkaitan:
- Keluasan yang diambil;
- Amaun pampasan yang dibayar;
- Orang yang kepadanya pampasan dibayar; dan
- Kadar pembahagian pampasaan.

No comments:

Post a Comment