Monday 2 October 2017

Khasiat kurma

Hadis berkaitan khasiat kurma. Hadis riwayat Ahmad bermaksud: "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air."

Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi SAW berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."

Kurma sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain), asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan.

Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. 

Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Pengambilan kurma sebanyak 65 gram atau lima biji sehari akan membekalkan 40mg kalium yang boleh mengurangkan 40% risiko serangan penyakit strok. Menurut pakar penyakit darah tinggi, Dr Louis Tobian dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat kandungan kalium ini membantu menurunkan tekanan darah dan membekalkan tenaga untuk mencegah strok secara langsung.

No comments:

Post a Comment