Monday 2 October 2017

Air mani wanita fakta hadis mendahului kajian sains perubatan

Hadis mengenai wanita mengeluarkan air mani ketika kemuncak syahwat. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya air mani lelaki adalah putih lagi pekat, manakala air mani wanita adalah kekuningan lagi cair” (Hadis riwayat Muslim). 

Hadis ini menjelaskan wanita mengeluarkan air mani seperti kaum lelaki ketika syahwat mereka memuncak.
           
Para ulama dalam membincangkan perkara ini lebih kepada soal berkaitan bersuci. Ulama silam tidak mengkaji perkara ini kerana dalam dunia sains moden pun ia hanya berjaya ditemui dalam tempoh beberapa dekad dulu.

Ia boleh dikatakan antara perkara misteri berkaitan manusia yang baru ditermui oleh pakar moden sedangkan ia telah perkatakan oleh Rasulullah SAW kira-kira 1400 tahun lalu. Penjelasan akan diberikan dalam bahagian kajian sains semasa.

Pandangan yang mengatakan wanita mengeluarkan cecarir seperti air mani lelaki adalah suatu pandangan yang asing di dalam dunia perubatan moden suatu ketika dulu. Sejak tahun 1920 an, tokoh-tokoh perubatan menolak fenomena yang dikenali pancutanair mani wanita. Sekiranya ada pun pancutan cecair oleh waita, ia dianggap pancutan air kencing yang keluar secara tidak terkawal semasa syahwat.

Ada beberapa orang tokoh dalam bidang ilmu seksologi moden,  Alfred Kinsey, Masters dan Johnson yang menolak pandangan wanita mengeluarkan cecair seperti air mani lelaki. Mereka mengatakan, pandangan ini walaupun tersebar secara meluas adalah salah. Justeru, pakar perubatan menganggap fenonema ini sebagai suatu penyakit.

Bagaimanapun, ternyata hadis nabi lagi tepat apabila terdapat pakar lain yang membuktikan bahawa wanita juga mengeluarkan air mani. Pada tahun 1950, pakar ibu mengandung dan sakit puan dari Jerman, Ernst Grafenberg mendapati ada cecair yang memancut keluar dari saluran kencing sesetengah wanita semasa syahwat memauncak. Cecair itu jernih dan tidak sama dengan air mazi. 

Ujian juga mendapati cecair itu juga tidak sama dengan air kencing manusia. Pada awal tahun 80an beberapa kajian tambahan dilakukan dan kesemuanya mengukuhkan lagi pendapat wanita mempunyai sejenis alat yang seumpama prostat yang berfungsi mengeluarkan cecair seperti prostat lelaki. 

Dalam sebuah artikel tulisan Milan Zaviacic (PHD) dan rakan-rakannya dari Universiti Comenius di Bratislava yang diterbitkan oleh majalah Journal of Sex Research, dilaporkan satu kajian melibatkan 27 orang wanita yang sudah dilakukan dan didapati sepuluh orang daripada mereka mengalami pancutan cecari sperti air mani. 

Artikel bertajuk Female Ejaculation: Perceived Origins, the Grafenberg Spot/Area and Sexual Responsiveneness pula menyebut berkenaan kajian yang dilakukan ke atas 2350 wanita, 40 operatus daripada mereka didapati mengalami pancutan cecair seperti air mani lelaki.

Yang terkini adalah kajian yang dilakukan oleh Dr Gary Schubach seorang pakar dalam bidang ilmu seksologi manusia merangkap seorang profesor madya di Institute fo Advance Study og Human Sexuality di San Franscisco, juga menjadi pensyarah jemputan di Universiti California State. Beliau merumuskan wanita semasa memuncak nafsunya, memang boleh mengelurkan cecair seperti air mani lelaki yang terbit dari bahagian pundi kencing dan seluran luar kecing.

Prof Ed Belzer dari Universiti Dalhaousie mengesahkan cecair wanita ini bukan air kencing kerana ia mengandungi acid phosphatase seperti yang terdapat di dalam air mani lelaki.

Alice Khn Ladas di dalam bukunya The G Spot and Other Recent Discoveries About Human Sexuality terbitan 1982 mengatakan air mani wanita berbeza dengan air mani lelaki pada kerana ia tidak mengandungi seperma.

No comments:

Post a Comment