Monday 2 October 2017

Kajian klinikal kebaikan bekam

Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Perbuatan berbekam ialah mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu.

Fungsi bekam yang utama adalah mengeluarkan darah yang rosak yakni sel-sel yang telah mati, bertoksid, berasid, berlemak dan kandungan-kandungan sisa buangan yang tidak berguna dari pembuluh darah. Darah bertoksid jika tidak dibuang akan memberi kesan buruk kepada badan serta tahap kesihatan.

Hari ini berbekam menjadi amalan alternatif kepada mereka yang ingin merawat penyakit dan mendapat tahap kesihatan yang baik. Berbekam juga menggunakan kaedah rawatan lintah untuk menyerap darah yang kotor.

Bagaimanapun cara membuang darah kotor yang dilakukan, apa yang jelas hadis Nabi SAW berkaitan berbekam adalah satu perkara yang tepat mendatangkan kebaikan untuk dilakukan.

Di Malaysia, Prof Dr Ab Aziz Al Safi Ismail, Ketua Penyelidik Bekam Klinikal, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan, satu kajian mengenai kesan bekam ke atas pengurangan risiko penyakit jantung melibatkan kumpulan individu yang sihat dan bagi kelompok yang mengalami masalah diabetes dan darah tinggi telah dijalankan.

Kajian ini dilakukan pada Oktober 2011 hingga Februari 2014 di bawah Geran Penyelidikan yang diberikan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar.

Tujuan penyelidikan menurut Dr. Ab. Aziz untuk mengenal pasti kesan terapi bekam basah dalam kalangan subjek, tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endotelial (lapisan dalam salur darah).

Sebanyak 93 responden berusia antara 30 dan 60 tahun telah menyertai kajian, iaitu 62 responden tiada penyakit kronik yang telah dibahagi secara rawak dan seimbang kepada kumpulan kontrol dan kumpulan intervensi. Manakala bagi kumpulan diabetes melibatkan 31 peserta.

Bekam klinikal dilakukan ke atas subjek dalam kumpulan intervensi dan kumpulan diabetes, manakala tiada intervensi dijalankan bagi individu dalam kumpulan kawalan.

Semua peserta telah menjalani dua sesi berbekam klinikal iaitu pada permulaan kajian dan pada bulan ketiga. Berdasarkan kedua-dua sesi tersebut penilaian kajian telah dibuat merangkumi permulaan kajian, bulan pertama, bulan ketiga (sebelum sesi kedua bekam) dan bulan ke empat untuk semua peserta.

Kumpulan bekam difokuskan kepada kelompok tidak menghidap diabetes, menunjukkan terdapat penurunan signifikan paras gula dalam darah semasa berpuasa (FBS) dan semua parameter fungsi ginjal, iaitu serum urea, kreatinin dan asid urik dari permulaan kajian hingga bulan pertama, ketiga dan keempat menunjukkan penurunan.

Serum trigliserida iaitu sejenis lemak dalam darah dan tekanan darah sistolik (SBP -bacaan tekanan apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan) juga menunjukkan penurunan yang signifikan di bulan pertama.

Semua profil serum lipid mengandungi pelbagai jenis lemak dalam darah kecuali trigliserida menunjukkan penambahbaikan yang signifikan pada bulan ketiga dan keempat. Faktor Antigen Von Willebrand (VWF) iaitu sejenis bahan yang menentukan keanjalan salur darah turut menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan keempat.

Di akhir kajian, semua profil serum lipid, FBS, serum urea iaitu paras urea dalam darah dan bahan yang menentukan kesihatan buah pinggang. Jika bacaannya lebih daripada 10, itu menandakan buah pinggang tidak sihat. Dan, kreatinin (satu lagi jenis bahan dalam darah yang menentukan kesihatan buah pinggang dan jika bacaannya lebih 600, rawatan dialisis mesti dilakukan) bertambah baik secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan.

Penilaian terhadap kumpulan penghidap diabetes pula mendapati, FBS, tekanan darah dan semua parameter fungsi ginjal menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan pertama, ketiga dan keempat.

Paras kolesterol peserta bekam secara keseluruhan juga menunjukkan penurunan yang ketara pada bulan ketiga dan ke empat. Bagi serum HDL-C dan LDL-C (kedua-duanya sejenis lemak dalam darah) dan antigen VWF (sama seperti 5), perubahannya dapat dilihat pada bulan keempat.

Kajian ini mendapati, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman, mengambil makanan yang seimbang dan tidak merokok, rawatan berbekam klinikal boleh diamalkan sebagai salah satu kaedah perubatan alternatif bagi membantu mencegah berlakunya penyakit kardiovaskular.

Khidmat jurubekam profesional bertauliah:
- Mohd Azmi Ismail - 01110945152 (Taiping, Perak)
- Mohd Shahrudin Ismail - 019-9212030 (Taiping, Perak dan Kota Bharu, Kelantan)
- Mohd Jurik Ismail - 0199823735 (Bachok, Kelantan)

No comments:

Post a Comment