Thursday, 14 December 2017

Elak cara bodoh tarik pelanggan

Kejayaan usahawan banyak bergantung bagaimana pemasaran produk dibuat. Pemasaran yang berjaya akan memperkenalkan produk ke pasaran dan seterusnya menjadi pilihan pengguna.

Pengukuhan jenama dan kualiti produk yang menepati kehendak pengguna juga amat penting untuk menyokong kebolehpasaran sesuatu produk kekal di pasaran.

Usahawan muda tidak perlu meniru cara segelintir pihak menarik perhatian pengguna melalui iklan yang memperbodohkan diri sendiri.

Strategi memasarkan produk dengan cara memfokuskan kepada kemewahan dan gaya hidup pengusaha adalah sangat mengelirukan dan merupakan contoh yang buruk kepada usahawan baharu.

Usahawan sepatutnya memberi pendidikan serta maklumat tentang kebaikan produk dan bukannya menjuruskan tumpuan kepada diri sendiri.

Kalau usahawan membodohkan diri untuk lariskan produk mungkin orang suka beli tetapi sekejap saja kerana apabila daya tarikan itu sudah tiada maka perniagaan akan merundum.

Orang ramai tidak berterusan dalam tempoh masa lama suka apa yang dilakukan itu.

Usahawan sepatutnya mendidik pengguna tentang kebaikan produk yang dikeluarkan dan bukannya mencari ‘spotlight’ untuk diri sendiri.

Apabila masyarakat mempunyai informasi yang baik mengenai produk, ia akan kekal mendapat permintaan biarpun aktiviti iklan telah dikurangkan.

No comments:

Post a Comment