Monday 18 February 2019

LAFAZ TAKLIK TIDAK KAHWIN LAIN


Dalam kamus perkahwinan, wanita amat takut dimadukan. Wanita yang tidak ingin dimadu boleh menghalang suami berkahwian lain dengan melalui cara cerai taklik.

Sebelum akad nikah, adakan persetujuan bahawa selepas akad nikah, suami akan lafaz taklik tidak akan berkahwin lain, kecuali dengan keizinan isteri. Jika suami ingkar dengan taklik itu, maka tercerailah siisteri dengan satu talak.

Sebaliknya, jika lelaki tidak mahu melafazkan taklik tersebut sebagai satu syarat persetujuan perkahwinan dari pihak wanita, perkahwinan tidak perlu diteruskan.

Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. 

Islam memberi pilihan kepada wanita dalam soal perkahwinan. Sebelum perkahwinan wanita diberi pilihan sama ada ingin berkahwin atau tidak dan siapa pilihan calon suaminya. 

No comments:

Post a Comment