Saturday, 27 July 2019

BAHAYA MENDEDAH MAKLUMAT DIRI DI MEDIA SOSIAL

Ramai yang suka sangat berkongsi maklumt di media sosial. Apa sahaja yang dilakukan, semua hendak dikongsikan dengan orang lain. Tidak salah berkongsi maklumat, tetapi berhati-hati dengan maklumat yang boleh mendedahkan kita dan keluarga dalam keadaan bahaya, terutama kepda perombak, perogol bahkan mungkin menjadi mangsa bunuh.

Sila ambil perhatian hal-hal berikut apabila ingin berkongsi maklumat di media sosial:
- Kurangkan swafoto, lebih-lebih lagi perempuan dengan gaya menggoda. Ada nanti yang berkenan. Kalau secara baik dan memang masih solo, itu tidak kisah. Masalahnya jika sekadar ingin dijadikan 'mangsa'.
- Jangan 'daftar masuk' di rumah sendiri siap dengan alamat. Perbuatan itu mengundang bahaya. Bila-bila masa orang boleh datang rumah kita.  
- Jangan naikkan status tinggal seorang kat rumah. Dahlah mendaftar masuk di alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah seorang di rumah. Tambah lagi, ditanya pula ada siapa yang sudi tamankan! Itu memang sedang menjemput nahas datang ke rumah.
- Jangan post nombor plat kereta. Kalau nak bergambar dan bergaya dengan kereta sendiri, tidak kisahlah hendak beritahu seluruh dunia. Itu hak masing-masing. Tetapi, elakkan memaparkan nambor kenderaan itn.
- Jangan dedahkan semua tempat yang anda berada. Perbuatan itu memudahkan orang lain menjejak kedudukan anda. Kalau ingin berkongsi aktiviti anda, jangan buat hantaran pada masa berkenaan. Boleh buat apabila anda telah meninggalkan tempat itu.
- Elakkan buat siaran langsung. Itu lagi memudahkan kedudukan anda dikesan. Hendak berkongsi video boleh dibuat kemudian.
- Hadkan perkongsian yang menjadikan anda sebagai objek kepada penjenayah. Contohnya menunjukkan kekayaan dan kemewahan. Atau anda menjadi mangsa rogol jika mempamerkan kecantikan diri dan boleh dijadikan lambang tarikah seks.

Berhati-hatilah. Jangan jadikan anda manga akibat sikap anda di media sosial.

No comments:

Post a Comment