Rakyat
Malaysia perlu menghentikan penyebaran berita palsu, berbaur fitnah dan
berbentuk hasutan demi menjaga keharmonian negara. Fitnah siber menerusi
penularan berita palsu adalah lebih bahaya. Rakyat perlu mempunyai sifat
tabayyun, menyelidik dahulu sesuatu berita sebelum menyebarkan.
Tabayyun
merupakan salah satu akhlak mulia dan salah satu prinsip penting dalam menjaga
kemurnian agama Islam dan keharmonian dalam sesebuah negara.
Fahami
fiqh tabayyun
-
Tidak terburu-buru sebar berita, maklumat.
-
Tangguh sehingga pasti kesahihannya.
-
Tidak sebar berita negatif, umpatan, gosip.
-
Tidak turuti perkara yang tiada pengetahuan.
-
Percaya, beramal dengan apa yang diyakini, difahami.
-
Tidak sebar berita daripada pihak yang dikenali kerap berbohong.
-
Tidak sebar berita mengaibkan, memburukkan, menghina sesetengah pihak.
-
Mengadakan pertemuan secara langsung dengan pembawa berita.
-
Bertanya langsung kepada pihak pelaku utama.
-
Mendengar dengan saksama maklumat kedua-dua belah pihak.
-
Melakukan penyelidikan berdasarkan pengamatan peristiwa yang berlaku.
-
Merujuk pihak berkuasa untuk mendapatkan kepastian.
-
Ingat malaikat sentiasa mencatat setiap amalan baik dan buruk dilakukan.
Allah
turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu. Firman allah bermaksud: "Dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah
sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
makan daging saudaranya yang telah mati?" (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Dalam
al-Quran, Allah berfirman, "Dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar
bahayanya daripada membunuh." (Surah al-Baqarah, ayat 191).
No comments:
Post a Comment