Tuesday, 23 July 2019

ISU MORAL PEMIMPIN MENULAR KEPADA PELAJAR

Keadaan disiplin pelajar semakin parah, termasuk berkaitan mengadakan hubungan seks.

Berita penahanan tujuh pelajar lelaki berusia 13 hingga 16 tahun atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan yang juga rakan mereka adalah bukti parahnya isu moral generasi muda hari ini.

Tujuh yang ditahan itu adalah daripada jumlah 15 suspek yang disyaki terbabit.

Penglibatan pelajar lelaki seawal usia 13 tahun juga menggambarkan kroniknya masalah yang berlaku.

Mangsa dikatakan melakukan hubungan seks dengan ramai rakan lelaki selepas diugut video seksnya yang dirakam individu tidak dikenali akan disebarkan.

Hubungan seks itu berlangsung dalam tempoh selama hampir enam bulan iaitu dari Oktober 2018 hingga Mac 2019.

Perbuatan itu dikesan apabila guru agama pelajar perempuan ini menghubungi ibu pelajar terbabit dan memintanya datang ke sekolah sebelum memberitahu anaknya melakukan hubungan seks dengan beberapa rakan lelaki yang sama sekolah dengannya.

Ibunya lantas membawa anaknya ke balai polis untuk membuat laporan dan kemudiannya ke Hospital Besar Melaka untuk membuat pemeriksaan sebelum disahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Ini isu moral dan bukan isu politik. Justeru, seluruh pihak perlu berganding bahu untuk mengelak perkara ini menjadi lebih parah.

Rosak moral dan akhlak generasi muda hari ini, maka runtuhlah negara pada masa hadapan. Mereka bakal menjadi pewaris dan pemimpin masa hadapan negara.

Kita berharap isu moral beberapa pemimpin dan maraknya api LGBT tidak menjadi ikutan golongan muda. Justeru, isu moral pemimpin tidak wajar dipertahankan atas dasar kononnya isu politik.

No comments:

Post a Comment