Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng membayangkan ekonomi Malaysia akan jatuh merudum
sekiranya rakyat terlalu berjimat dalam berbelanja, sewaktu
menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Strategi Literasi Kewangan
Kebangsaan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia pada 23-07-2019.
Sebaliknya, beliau berkata, rakyat perlu
berbelanja dengan berhemah supaya tidak melebihi hasil atau pendapatan mereka.
Katanya,
rakyat juga perlu pandai menguruskan kewangan masing-masing walaupun ia
merupakan sesuatu perkara yang agak sukar dilakukan.
Kenyataan
Guang Eng tentu sekali disangkal rakyat. Hakikat sebenar, rakyat bukan tidak mahu
berbelanja, tetapi tiada wang untuk berbelanja.
Selepas
PH memerintah Malaysia, banyak rakyat hilang pekerjaan. Sedangkan peluang pekerjaan
baru semakin mengecil.
Kalau
rakyat tiada pendapatan, bagaimana mereka ingin berbelanja. Keadaan ini akan menyebabkan
keadaan lebih parah disebabkan aktiviti ekonomi semakin mengecut.
Untuk
mengaktifkan kitaran ekonomi, pihak yang perlu lebih memainkan peranan ialah pihak
kerajaan. Perbelanjaan kerajaan termasuk mengeluarkan bantuan terus kepada golongan
yang layak perlu ditingkatkan.
Kerajaaan
perlu membuka peluang pekerjaan lebih banyak kepada rakyat, khususnya golongan muda.
Namun, apa yang berlaku sekarang ini sebaliknya. Ada agensi kerajaan ditutup. Manakala
pekerja yang pencen pula tidak digantikan dengan pekerja baru.
Jadi,
kerajaan PH tidak sepatutnya menyalahkan rakyat dalam soal kedudukan ekonomi negara
yang semakin negatif.
No comments:
Post a Comment