Kulit kayu manis atau yang diproses menjadi serbuk kulit kayu manis kaya dengan
pelbagai khasiat. Banyak digunakan sebagai herba rempah ratus untuk masakan dan
perubatan.
Kegunaan kayu manis sebagai rempah ratus sajak beribu tahun lagi
dan tercatat di dalam Kitab Bible.
Kegunaan kayu manis memang sinonim dengan masakan orang Melayu
sejak dulu kala. Bahan kayu manis banyak digunakan untuk masakan 'desserts' seperti
membuat kek, puding susu-beras, coklat dan sebagainya.
Kayu manis sebagai
rempah digunakan dalam masakan daging, daging kambing dan sebagainya. Ada yang
menggunakan untuk campuran minuman seperti dengan kopi, koko, wain dan coklat.
Kebaikan dan khasiat kulit kayu manis:
- Mempunyai bahan antifungal dan antibakteria.
- Mengawal jangkitan kuman.
- Mambantu masalah ketidakhadaman makanan.
- Menurunkan paras gula dalam darah.
- Menurunkan kadar darah tinggi.
- Menurunkan kadar kolesterol.
- Mengurangkan batuk.
- Membuang lendir dalam tekak.
- Melegakan masaalah cirit birit.
- Melegakan muntah-muntah dan pening
kepala akibat keracunan makanan.
- Merawat kekejangan urat perut.
- Mengurangkan masalah sakit jantung.
- Mengurangkan resiko kanser.
- Antioksidan mengurangkan kerosakan radikal
bebas.
- Memperlahankan
proses penuaan.
- Mengurangkan
jangkitan pada kulit.
- Diguna
bersama madu untuk mendapatkan kulit yang sihat.
- Meningkatkan
pengaliran darah.
- Membantu
menurunkan berat badan.
- Sebagai
ejen antimikrob, antibiotik, antikulat dan antivirus semula jadi.
No comments:
Post a Comment