Pokok kayu manis (Cinnamomum
zeylanicum) merupakan sejenis tumbuhan rempah ratus yang mempunyai
lebih dari 2,000 spesis di dunia.
Pokok kayu manis dipercayai berasal dari Sri Lanka, kini tersebar di seluruh dunia terutama yang
beriklim tropika, termasuk Malaysia. Sri Lanka merupakan pengeluar utama kayu
manis dunia di mana hampir 90% pengeluaran kayu manis dunia dihasilkan di negara berkenaan.
Kalau anda perasan mengenai pokok kayu manis ini, sebenarnya
pokok ini banyak ditanam di kawasan di tepi jalan dan taman sebagai pokok
hiasan atau ornamental tree. Sekarang ini
pemilik rumah juga sudah ramai menanam pokok kayu manis di laman rumah sebagai pokok hiasan dan teduhan.
Pokok kayu manis dibiakkan menggunakan biji buah yang telah matang.
Penanaman dan penjagaan pokok kayu manis agak mudah dan tidak ada musuh yang merosakkan.
Kegunaan kayu manis sebagai rempah ratus sejak beribu tahun lagi
dan tercatat di dalam Kitab Bible.
Pokok kayu manis mempunyai bahan antifungal dan antibakteria.
Minyak dari tumbuhan ini mudah meruap dan ianya digunakan untuk mengawal
jangkitan kuman dan mengawal tekanan darah rendah manakala bahagian kulitnya
digunakan untuk rawatan dispepsia (ketidakhadaman makanan), kembung perut,
disentri (cirit birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong) dan
gangren (pereputan tisu) pada paru-paru.
Kulit pokok yang diketuk dan dimasak boleh digunakan pada
bahagian luar badan dengan cara menuam bagi rawatan bisul yang bernanah.
No comments:
Post a Comment