Sunday, 28 July 2019

PEMBERI TEKA TEKI PUN TIDAK TAHU JAWAPAN


Apa sahaja posting di laman sosial pasti mendapat perhatian warganet. Kadang-kadang perkara ini nampak simpel sahaja, tetapi mendapat perhatian 'hebat' daripada penghuni alam maya.

Dengan hanya membuat hantaran 'Jom main teka teki.... apa yng xkena dgn slip ni? Ia telah dicapai oleh lebih 300 ribu warga Muka Buku dalam tempoh kurang dua hari.

Macam-macam komen atau pendapat ditinggalkan di ruang komen mengenai perkara itu.

Mereka ingin membantu dan mungkin juga untuk menguji minda mereka sendiri.

Jawapan diberikan bermacam-macam ragam. Ada juga yang bertanya balik soalan dan bukannya menjawab.

Admin sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang tidak kena pada slip itu. Sebabnya kes itu bukan melibatkan diri sendiri. Gambar itu dimuaturun dari laman sosial sebelum dinaikturun di laman fbnya.

Maknanya, yang memberi teka teki itu sendiri tidak tahu jawapannya. Maka, tiada siapa boleh memberi jawapan mana yang betul.

Dan, seperti biasa, yang memberi jawapan pun tidak peduli dengan jawapannya itu.

Beginilah meriahnya interaksi warganet yang tidak mahu terlepas apa juga terpapar di hadapan mereka. Mereka ingin memberi sumbangan sama ada suka, kongsi ataupun komen.

No comments:

Post a Comment