Tandas awam menjadi sasaran tanga-tangan nakal
menconteng atau menulis perkataan yang jijik. Perbuatan vandalisme ini tanda ragam
manusia yang kompleks. Mereka suka melakukan sesuatu yang orang lain tidak suka
perbuatan itu dilakukan.
Di dinding, pintu dan bahagian lain tanda menjadi
sasaran ditulis atau dilukis gambar lucah. Ada yang meninggalkan nombor telefon
untuk melakukan hubungan seks dan perbuatan tidak senonoh.
Satu lagi perbuatan tidak bertanggunngjawab pengguna
tandas awam ialah meninggalkan sisa najis tanpa dipam. Memang amat menjijikkan dan
ada pengguna yang baru masuk terus keluar kerana tidak tahan dengan bau dan pemandangan
itu.
Macam-macam kempen kesedaran menjaga kebersihan
dan etika mengguna tandas awam, namun kesan ke arah lebih baik tidak menunjukkan
kesan yang positif.
Pihak yang menguruskan tandas awam berusaha meletakkan
label peringatan, namun dilihat tidak berjaya mengubah minda segelintir pengguna
yang masih bersikap tidak bertanggungjawab.
Biarpun, yang tidak bertanggungjawab itu segelintir
sahaja, nama ia memberi imej buruk tentang pengguna tandas awam di negara kita.
Sama-sama kita menjaga kebersihan tandas awam
untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment