Gelandangan
satu fenomina yang wujud di kota-kota besar di seluruh dunia. Di negara maju,
gelandangan mendapat bantuan dari kerajaan dan NGO. Nasib mereka tidak seburuk
di negara dunia ketiga dan miskin.
Gelandangan
bukan sahaja tiada tempat tinggal, bahkan sukar untuk mendapat keperluan
makanan harian. Ada yang terpaksa mencari sisa-sisa makanan di tong sampah
semata-mata untuk mencari makanan untuk mengisi perut kosong.
Ketika
orang kaya berbelanja ribuan ringgit semata-mata memenuhi nafsu makan, gelandangan
terpaksa mengais saki baki makanan yang tidak lagi bernilai bagi orang lain,
tetapi menjadi sejuta nikmat bagi gelandangan.
Diharapkan
usaha membantu gelandangan untuk sekurang-kurangnya mempunyai bekalan makanan
yang sesuai untuk dimakan diberi perhatian penting oleh kerajaan dan NGO.
Pengabaian
terhadap gelandangan adalah satu kepincangan sosial yang parah. Manusia sanggup
membeli makanan haiwan peliharaan, tetapi tidak peduli kepada gelandangan yang tiada
makanan.
Dalam
dunia pincang hari ini, mutu dan harga makanan haiwan lebih baik dan mahal berbanding
makanan dinikmati oleh gelandangan.
No comments:
Post a Comment