Saturday 5 August 2023

AK 36 – BELUM ADA RAKYAT KELANTAN MATI KES AIR

 
Petikan daripada satu kumpulan WhatsApp: “Selamo ni x dok bunyi ramai rakyat mati kes air di Klate (ko demo ado dgr)”. Dalam bahasa baku bunyinya begini: “Selama ini tidak ada berita mengenai banyak rakyat Kelantan mati disebabkan air di Kelantan (atau ada kamu dengar)”

Kenyataan itu dikeluarkan penyokong tegar Pas setelah diasak mengenai kegagalan kerajaan Pas Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat.

Pertanyaan itu seakan-akan mengatakan bahawa isu bekalan air di Kelantan bukan perkara besar sehingga membawa kepada kematian. 

Kenyataan yang berbentuk pertanyaan itu memang satu perkara biasa dikeluarkan ahli Pas apabila “menyelesaikan” sesuatu persoalan. Apa yang dilakukan ahli Pas itu adalah ajaran daripada pemimpin Pas.

Sudah menjadi kebiasaan, pemimpin Pas akan “tanya balik” kepada yang menimbulkan isu. Apabila dikatakan tiada bekalan air, lalu ditanya tentang mengapa tidak guna atau adakah air Sungai Kelantan itu bukan air?

Dikatakan masalah air berlaku di Kelantan, maka ditanya adakah di negeri lain tiada masalah air?

Hanya itu yang mampu dilakukan pemimpin dan ahli Pas dalam “menyelesaikan” sesuatu isu.

No comments:

Post a Comment