Saturday 5 August 2023

AK 35 – BEKALAN AIR BERSIH TERBURUK DI KELANTAN

 
Isu air kotor dan karat mewarnai kehidupan rakyat Kelantan. Lebih parah apabila ada yang tidak menerima bekalan air sehingga berbulan-bulan lamanya.
 
Disebabkan sering terputus bekalan air bersih, banyak rakyat Kelantan kini terpaksa beralih menggunakan atau mendapat bekalan dari telaga tiub yang dibina sendiri. Jika tidak ada yang beralih kepada telaga tiub, tentu sekali isu masalah bekalan air di Kelantan dilihat lebih kritikal.
 
Sebaliknya, kerajaan Pas Kelantan sering menafikan masalah tersebut. Namun, pada masa sama, pemimpin Pas Kelantan sering menyalahkan kerajaan Pusat berkaitan masalah tersebut.
 
Bahkan, pemimpin Pas Kelantan menuding jadi ke negeri lain untuk mempertahankan diri daripada kritikan mengenai kegagalan membekalkan air bersih adalah memandulkan fikiran rakyat.
 
Seringkali dalam ceramah pemimpin Pas Kelantan terutama dari Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah mencerca mereka yang menimbulkan masalah bekalan air Kelantan, dan memandulkan fikiran rakyat Kelantan dengan menyatakan negeri lain seperti Pahang, Pulau Pinang, Johor juga hadapi masalah air.
 
Memang masalah bekalan air bersih juga berlaku di negeri lain, tetapi data menunjukkan kadar kegagalan Kelantan paling parah dan teruk. Liputan perkhidmatan bekalan air bersih di negeri lain mencapai tahap sekurang-kurangnya hampir 100 peratus.
 
Manakala di Kelantan hanya mempunyai liputan sekadar 65.4 peratus di bandar dan 80.8 peratus di luar bandar. Ini bermaksud Kelantan hanya menjaga sedikit kawasan liputan bermasalah sepanjang masa dan ia tidak sama dengan kawasan yang mempunyai 100 peratus liputan capaian kepada bekalan air bersih.
 
Ini menunjukkan kadar purata liputan air bersih bagi Kelantan adalah pada tahap 73 peratus berbanding negeri-negeri lain. Negeri paling hampir dengan kadar purata Kelantan ialah Terengganu iaitu 96 peratus.
 
Pahang mencapai tahap 98 peratus, manakala Pulau Pinang 99.9 peratus. Liputan bekalan air bersih di Johor pula berada pada tahap 99.9 peratus.
 
Lebih parah ialah kadar air tidak berhasil (NRW) di Kelantan pada 2021 adalah yang kedua tertinggi selepas Perlis iaitu sebanyak 52.6 peratus. Sudahlah penghasilan air bersih melalui loji rawatan air tidak banyak, kadar NRW pula tinggi. Jadi, yang dapat disalurkan kepada pengguna amat sedikit berbanding yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment