Saturday 5 August 2023

AK 34 – BEKALAN AIR DIURUSKAN KERAJAAN NEGERI

 
Pemimpin Pas Kelantan menyalahkan kerajaan Pusat punca masalah air Kelantan. Perkara yang sering dibangkitkan ialah kerajaan Pusat menyekat bantuan kepada Kelantan berkaitan pembangunan dan pengoperasian bekalan air.
 
Sekarang ini timbul pula isu mengatakan bahawa urusan air adalah tanggungjawab atau di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat. Maka, kegagalan atau masalah air di Kelantan adalah tanggungjawab kerajaan Pusat.
 
Dalam Perlembagaan Persekutuan ada disebut tentang Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
 
Antara perkara yang tersenarai di bawah Senarai Persekutuan ialah hubungan luar seperti perjanjian antarabangsa, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah termasuk bidang kuasa dan kuasa mahkamah (kecuali Mahkamah Syariah negeri), rahsia rasmi, undang-undang Islam dan peribadi yang lain bagi tujuan undang-undang Persekutuan dan kewarganegaraan Malaysia.
 
Ia juga termasuk perkara seperti kewangan, perdagangan dan perindustrian termasuk import dan eksport, perkapalan termasuk pelabuhan, perhubungan dan pengangkutan, pendidikan, perubatan dan kesihatan, kebajikan orang asli, pelancongan, buruh dan keselamatan sosial.
 
Bagi Senarai Negeri pula, ia termasuk undang-undang Islam dan undang-undang peribadi dan keluarga bagi individu yang menganut agama Islam, mewujudkan Mahkamah Syariah, tanah, pertanian dan hutan, kerajaan tempatan, pihak berkuasa tempatan, pemilihan kerajaan tempatan, pasar dan pelesenan teater, pawagam dan tempat-tempat hiburan awam, kerja raya negeri dan air (kecuali pembekalan dan perkhidmatan air) serta cuti negeri.
 
Ada dinyatakan bahawa urusan pembekalan dan perkhidmatan air adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan. Inilah hujah yang diguna pakai oleh pemimpin Pas Kelantan untuk meletakkan tanggungjawab kerajaan Pusat perlu mengurus permbekalan dan perkhidmatan air. Ia mula digunakan semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) 2023.
 
Maksud yang digunakan dalam mentafsir berkaitan urusan pembekalan dan perkhidmatan air itu sebenarnya tidak tepat. Hakikatnya, urusan pembekalan dan perkhidmatan air adalah tanggungjawab kerajaan negeri yang dilakukan melalui syarikat yang ditubuh oleh kerajaan negeri.
 
Yang dimaksudkan urusan pembekalan dan perkhidmatan air berada di tangan kerajaan Pusat ialah dalam menggubal dasar, undang-undang dan penguat kuasa yang berkaitannya.
 
Perkara ini menjadi tanggungjawab Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA).
 
Dipiagamkan bahawa Sektor Air berfungsi:
- Menggubal dan mewujudkan dasar-dasar berkaitan industri perkhidmatan air negara (yang meliputi bekalan dan pembentungan) selaras dengan tujuan untuk pemodenan industri berkaitan dan mengikut piawaian yang ditetapkan termasuk amalan baik industri perkhidmatan negara.
- Merancang dan membangunkan kerangka dasar regulatori bagi memajukan industri perkhidmatan air negara termasuklah penyediaan perturan-peraturan, undang-undang, garis panduan dan lain-lain instrumen subsidiari yang lain.
- merancang dan menyelaras mekanisma penentuan tarif, standard dan kualiti industyri perkhidmatan air untu menentukan kepentingan pengguna dilindungi dan memastikan perkhidmatan terbaik diterima.
 
Maka, dakwaan pemimpin Pas Kelantan yang meletakkan kegagalan menyediakan bekalan air bersih di Kelantan sebagai tanggungjawab kerajaan Pusat adalah tidak tepat.
 
Kegagalan menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk Kelantan adalah tanda kegagalan Pas Kelantan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Kelantan.
 

No comments:

Post a Comment