Friday 13 October 2023

HANYA MONYET BUANG SAMPAH MERATA-RATA

 
Pelbagai peringatan dan kempen kebersihan dilakukan agar masyarakat tidak membuang sampah merata-rata. Malang sekali peringatan tersebut tidak diendahkan. Sampah masih dibuang merata-rata sehingga mencemarkan kawasan dan alam sekitar.
 
Mungkin tidak tahan dengan sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata, maka ada pihak yang membuat gegantung mengingatkan “Amaran. Hanya monyet yang membuang sampah sebarangan”.
 
Tulisan di gegantung tersebut diharapkan dapat menyedarkan bahawa sesiapa yang membuang sampah sebarangan layak disamakan dengan perangai monyet.
 
Kalau kita sedar diri ini adalah manusia yang lebih mulia dan cerdik berbanding monyet dan segala jenis makhluk lain, maka jangan sekali-kali membuang sampah sebarangan atau merata-rata.
 
Kalau ada sesiapa membuang sampah merata-rata, maka dia layak dipanggil monyet dan kedudukannya lebih rendah berbanding monyet. Monyet melakukan perbuatan itu kerana itu tabie haiwan yang tidak dikurniakan akal atau fikiran.  
 
Manusia yang dikurniakan akal jika melakukan perbuatan seperti haiwan, maka kedudukannya adalah lebih hina daripada haiwan.

No comments:

Post a Comment