Monday 2 October 2023

PERIBAHASA SEPERTI CICAK MAKAN KAPUR

 
Peribahasa “seperti cicak makan kapur” bermaksud beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri.
 
Tiada penjelasan mengapa peribahasa itu timbul atau kaitan cicak dengan kapur.
 
Cicak merupakan sejenis reptilia dalam genus Hemidactylus keluaarga Gekkonidaw. Terdapat 187 spesies yang diketahui di seluruh dunia.
 
Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano.
 
Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.

No comments:

Post a Comment