Kisah penyokong dua parti
berebut hak terhadap bangunan yang didakwa milik mereka patut jadi pengajaran.
Tidak perlu difikir siapa sebenar berhak, tetapi pengajaran itulah akan berlaku
jika kita berpecah dan saling bermusuhan.
Itulah
akan berlaku jika kita berpecah dan berbalah sehingga boleh menbahayakan
kedudukan bangsa terhadap negara ini. Kita akan kehilangan hak jika bergaduh
sesama sendiri. Bangsa kita akan kehilangan kuasa akibat berpecah.
Kegagalan
mengambil pengajaran daripada sejarah silam hanya akan menyebabkan kita
mengulangi kesilapan, kegagalan, dan kemunduran yang pernah dilalui generasi
terdahulu. Amat dibimbangi bahawa kemusnahan yang perlu ditanggung akibat
daripadanya adalah lebih besar dan lebih memudaratkan.
Betapa
hebat kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana untuk satu perkara yang
dianggap hak dan milik. Mengapa kita tidak ambil pengajaran bahawa perbuatan
itu akan melemahkan orang Islam.
Jika
keadaan itu berterusan, kedudukan umat Islam akan lemah biarpun ada pihak yang
mengaku beroleh kemenangan.
Itulah
kisah Pak Kadok menang sorak kampung tergadai. Bersorak beroleh sedikit
kemenangan, tetapi tidak sedar nasib bangsa dan agama tergadai akibatnya.
No comments:
Post a Comment