Jadikan
kisah Pak Kaduk sebagai pengajaran. Cerita mengenai akibat kebodohan dan mudah
terpedaya dengan tawaran pihak lain sehingga diri menanggung kerugian.
Dongeng
Pak Kadok berkisar kepada sikap orang berjudi sabung ayam sehingga kampung
tergadai. Ayam sabung miliknya yang handal dan hebat ditukarkan dengan ayam
sabung raja.
Kisah
Pak Kaduk dicerita dalam versi secara jenaka, tetapi penuh pengajaran. Namun
berapa ramai antara kita ingin mengambil pengajaran daripada kisah tersebut?
Siapa lupa pada sejarah dan kisah pengajaran akan mengulangi kesalahan sama
berulang kali dan mengalami kerugian besar.
Kisah
Pak Kaduk antara lain, memberi isyarat tentang pentingnya akal dan
kebijaksanaan dalam menjalani kehidupan. Jelas bahawa insan yang menggunakan
akalnya dan dikurniai kebijaksanaan akan memperoleh manfaat yang besa.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka
sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak." (Surah al-Baqarah
ayat 269).
Mengapa
tidak menggunakan kebijaksanaan akal untuk menentukan baik dan buruk. Tidak
sukar untuk mengambil keputusan berdasarkan kepada apa yang telah dan sedang
berlaku. Ambil pengajaran untuk halang perkara buruk sama berulang.
Banyak
watak Pak Kaduk yang dapat disaksikan berada di sekeliling kita. Antaranya
termasuklah individu yang sentiasa dimanipulasi orang lain akibat kejahilan
diri sehingga tergadai milik serta kepentingan peribadi.
Hal
inilah yang sering dapat dilihat berlaku. Lebih dibimbangi jika kelak ia
membabitkan urusan yang jauh lebih besar dan penting seperti kepemimpinan
negara. Misalnya jaminan Perlembagaan negara yang melindungi sebahagian besar
kepentingan umat Islam.
Mengapa
ada orang Islam masih menyokong bukan Islam semata-mata demi kuasa? Kuasa
kepimpinan Islam di Malaysia bakal hancur jika bukan Islam lebih berkuasa di
Parlimen.
Memang perkara ini tidak terus berlaku, tetapi mengambil masa
berperingkat-peringkat yang dirancang secara teliti pihak musuh.
Mereka
menggunakan orang Islam sendiri untuk menghancurkan Islam. Seperti Pak Kadok,
ayam miliknya ditukar dengan milik raja yang kemudiannya kalah dalam
pertarungan. Kalau tidak terpengaruh dengan tawaran raja, sudah pasti yang
menang itu adalah ayam Pak Kadok.
Berhatilah dengan tawaran pihak musuh menggunakan kekuatan orang Islam
untuk meruntuhkan kedudukan orang Islam.
Kalau sudah runtuh, tidak ada ertinya
lagi penyesalah. Kekalahan Kesultanan Melayu Melaka disebabkan sikap pemimpin
Melayu Melaka sendiri yang terpengaruh dengan fitnah dan ingin mendapat
kepentingan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment