Cawangan Penguatkuasa Farmasi,
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan di setiap negeri sentiasa
membuat pemantauan terhadap produk kesihatan dan kosmetik terlarang dan membuat
rampasan.
Antara jenis produk kesihatan
dan kosmetik yang dirampas itu termasuk produk yang disyaki tidak berdaftar dan
produk yang disyaki dicemari racun.
Antara kategori produk
kesihatan ialah pelangsing badan yang mengadungi racun terlarang Sibutramine
serta produk penahan sakit yang mengandungi Corticosteroid.
Manakala, kosmetik pula yang
mengandungi Hydroquinone, Tretinoin dan Mercury. Mereka yang
melakukan kesalahan disiasat di bawah Peraturan 30(1) dan 18A(15)
Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Antara premis yang diserbu
termasuk kedai runcit dan kedai ubat, farmasi, rumah kediaman, pengamal
tradisional, setor dan gudang serta salun kecantikan.
Pihak jabatan sentiasa
menjalankan pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan ke atas individu dan
perniagaan yang menjalankan penjualan secara atas talian.
Pemantauan dijalankan bagi
memastikan produk kesihatan dan kosmetik terlarang tidak dijual dan diedarkan
sewenang-wenangnya.
Bagi memastikan usaha ini dapat
dijalankan dengan lebih berkesan, pihak jabatan bekerjasama dengan Cyber
Security Malaysia (CSM) dalam aktiviti serbuan dan siasatan bagi kes-kes yang
melibatkan peralatan dan peranti digital.
Dengan kata lain, mereka yang
memasar melalui media sosial juga tidak terkecuali dipantau dan jika didapat
mengiklankan produk terlarang, akaun akan ditutup atau disekat daripada terus
beroperasi.
Sebarang pertanyaan berkenaan
status pendaftaran produk dan notifikasi kosmetik atau mereka yang ingin
membuat aduan, boleh layari laman rasmi Bahagian Regulatarori Farmasi Negara
(NPRA) di npra.moh.gov.my, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan
di pharmacy.gov.my atau hubungi Cawangan Pernguatkuasa Farmasi, Bahagian
Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan negeri.
No comments:
Post a Comment