Dalam memperkatakan tentang ketaatan dan patuh kepada pemimin
parti, pengikut PAS menggunakan perkataan wala.
Wala bererti taat dan
patuh kepada arahan, menaruh percaya kepada perancangan dan strategi serta
berazam mempertahankan pimpinan selagi mana tidak bertentangan dengan syariat
Islam (Mustafa T, 2016).
Satu yang menarik mengenai penggunaan perkataan atau gelaran,
orang Melayu cukup kreatif mencipta perkataan baru. Sejak persengketaan pengikut
PAS sehingga lahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) istilah walaun menjadi
popular dan digelar kepada kumpulan yang mempertahankan konsep wala kepada
kepimpinan ulama dalam PAS.
Istilah walaun
diterbitkan daripada perkataan wala, yang kononnya bermaksud orang-orang yang
wala (plural). Perkataan walaun yang salah dari segi maksud sebenar, ditujukan
kepada para pewala ulama dan presiden PAS. Maka, jika disebut walaun, itulah
tafsiran yang difahami di kalangan mereka.
Walaun ditujukan kepada ahli PAS telah tercandu dengan wala
sehingga sanggup bermatian demi mempertahankan kepimpinan dan organisasi.
Gelaran walaun boleh diertikan sebagai orang yang 'bodoh' dan taksub membabi
buta, tidak memahami istilah jihad sebenar yang perlu dilakukan untuk
memastikan dapat berkuasa.
Dengan kata lain, perkataan atau gelaran walaun khusus kepada
ahli PAS yang masih setia kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
No comments:
Post a Comment