Kesemua pengaliran tenaga di dalam badan berjalan dengan sendiri secara semula jadi di
bawah pentadbiran Allah SWT. Tiada mesin atau alat khusus untuk menjana dan
mengalirkan tenaga hayat. Tenaga hayat mengalir mengikut saluran dengan tertib
alami berterusan dan bersambungan.
Sistem saling berhubungan dan bersambungan
ini memungkinkan prinsip refleksi berlaku. Di mana apabila satu bahagian itu
dirangsang ia akan turut merangsang bahagian lain yang bersambungan dengan nya.
Inilah kehebatan sistem Allah yang penuh
limpahan kasih sayang untuk hambanya agar hambanya sentiasa dapat menolong
dirinya. Contohnya, jika berlaku sesuatu kondisi kekurangan tenaga hayat
bahagian otak, ia boleh diikhtiarkan melalui saluran jantung dan pericardium
yang terletak di lengan.
Anatomi titik refleksi Stimulatheraphy hampir
sama dengan acupoints anatomy dalam Acupuncture dan
Acupressure. Beza yang ketara antara keduanya ialah, stimulatherapy tidak
mementingkan ukuran tepat bagi setiap titik berbanding terapi Acupuncture.
Justeru kewujudan urutan stimulatherapy
banyak memberikan sumbangan kepada kesihatan masyarakat selain menggunakan
zikir-zikir ketika urutan dilakukan.
Tubuh
manusia mempunyai 365 titik ‘reflex’ & ‘distal’.
Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatan
organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan
kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk
saluran tenaga (energy channel) atau meridian tubuh.
Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional.
Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi keseluruhan gaya hidup (Pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan rohani seseorang.
Intipati ilmu Stimulatherapy terletak pada prinsip pengaliran tenaga ‘Chi’ melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) dalam sistem meridian tubuh.

Setiap masa tubuh manusia menerima tenaga
daripada alam semesta dalam pelbagai bentuk. Contoh mudah adalah seperti
berikut:
- tenaga
kimia (makanan) melalui mulut.
- oksigen/bau melalui hidung
- tenaga bunyi melalui telinga
- tenaga cahaya/warna melalui mata dan
sebagainya.
Tenaga
yang memasuki tubuh akan dibekalkan kepada organ-organ penting seperi jantung,
paru-paru, ginjal, hati , limpa dan sebagainya melalui saluran-saluran tenaga
(energy channel) tertentu.
Ibarat sebiji lampu perlukan tenaga elektrik
untuk menyala, begitulah juga organ-organ penting tubuh perlukan tenaga hayat
(life energy) untuk terus berfungsi.
Aliran tenaga dalam tubuh yang sihat adalah
seimbang. Aktiviti kehidupan
seharian, pemakanan, peningkatan umur,
keadaan sekeliling, emosi yang berubah-ubah,
bebanan kerja yang meningkat dan sebagainya menyebabkan berlaku gangguan pada
kadar aliran tenaga kepada organ-organ penting.
Ibarat sebatang longkang air lama-kelamaan pun akan tersumbat jua jika tidak diselenggara dengan baik.
Terdapat faktor yang menjejaskan pengaliran tenaga hayat.
Ibarat sebatang longkang air lama-kelamaan pun akan tersumbat jua jika tidak diselenggara dengan baik.
Terdapat faktor yang menjejaskan pengaliran tenaga hayat.
- Penyempitan saluran oleh cuaca atau
kecederaan atau tekanan emosi.
- Halangan (blockage) pada saluran oleh cuaca
atau kecederaan, infeksi atau tekanan emosi.
- Demam atau penyakit seperti darah tinggi, athma,
kencing manis, gout, buah pinggang dan lain-lain.
- Peningkatan usia
No comments:
Post a Comment