Friday 11 May 2018

Kebaikan tidur dalam gelap

Tidur dalam gelap ada kebaikan. Amalan tidur dalam gelap memberi manfaat untuk kesihatan rohani dan jasmani. Dari Jabir bin Abdullah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Matikan lampu-lampu di waktu malam jika kalian hendak tidur dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengapa Nabi Muhammad SAW menyuruh tidur dalam gelap? Apa kebaikannya?

Sesungguhnya Rasulullah SAW diberikan oleh Allah SWT kelebihan yang tidak dianugerahkan kepada kepada manusia biasa. Amalan dan kata-kata Rasulullah SAW adalah wahyu yang mempunyai kebenarannya. 

Kajian mendapati tidur dalam keadaan gelap dapat meningkatkan penghasilan melatonin. Kenapa kita perlukan melatonin yang secukupnya?

Melatonin adalah penting bagi tubuh kita kerana ia memainkan peranan penting dalam mengawalatur fisiologi badan bagi menjaga kesihatan fizikal dan minda.

Di antara fungsi melatonin ialah:
- Mengawalatur tidur dan meningkatkan daya ingatan
- Membantutkan pertumbuhan tumor kanser
- Memperbaiki sistem imun badan.
- Mengawalatur tekanan darah.
- Fisiologi retina.
- Mengawal mood dan kelakuan
- Sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas dalam badan.
- Mengawal proses penuaan. 

Oleh kerana terdapat perkaitan rapat antara pengeluaran melatonin, di mana pengeluaran melatonin sangat kurang dalam cahaya terang, sebaik-baiknya kita elakkanlah penggunaan lampu yang terang dalam jangkamasa yang lama pada waktu malam (seperti semasa tidur malam). Ini bagi membolehkan melatonin menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Melatonin dikeluarkan oleh kelenjar pineal yang hanya aktif ketika matahari terbenam atau gelap. Di waktu itu pineal secara aktif mengeluarkan melatonin yang kemudian dilepaskan ke dalam darah. Selepas melatonin memasuki  seluruh tubuh, ia akan menjalankan tugasnya bagi memperbaiki keseimbangan kimia, membina sistem kekebalan tubuh, mengatur kadar gula dan sebagainya.

Semakin gelap bilik tidur, makin baik kerana ia akan menghasilkan jumlah melatonin paling optimum di dalam tubuh. Dan jika tidur dalam gelap ini diamalkan setiap hari dengan jumlah tidur antara 6-8 jam, kita pasti akan  lebih segar pada setiap hari.

Seorang biologi, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantoninnya (salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah.

Manakala ahli biologi Joan Robert mengatakan tubuh dapat menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya.

Cahaya lampu termasuk pancaran TV menyebabkan hormon menjadi sangat lelah. Sebaliknya, keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin.

Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari menyebabkan pengeluaran hormon melantonin terhenti. Sinar cahaya saat kita tidur menjadikan kualiti tidur kita kurang baik, ini kerana sinar tersebut masih berperanan sebagai perangsang stimulator kerja otak.

Secara ilmiah, cahaya yang ada dalam bilik tidur akan menembus sampai bahagian mata kita walaupun dalam keadaan terlelap, sinar tersebut akan memasuki bilik stimulator yang nantinya direspon oleh otak.

Dengan kata lain walaupun mata kita terpejam, tetapi jika ada cahaya yang bersinar maka otak kita akan bekerja untuk bertindak balas atau mengartikan cahaya yang masuk tersebut.

Tidur yang berkualiti di malam hari merupakan usaha pengoptimuman dalam detoksifikasi untuk meneutralkan toksin yang mengontaminasi tubuh. 

Detoksifikasi tubuh, terjadi terutama pada hati, tercapai optimum saat tidur. Mekanisme tersebut berkaitan erat dengan diproduksinya antioksidan sebagai penetral toksin.

Pada tidur yang berkualiti, detoksifikasi hati dapat berjalan optimum, khususnya dalam pembentukan asid amino glutathione sebagai antioksidan yang meneutralkan stres oksidatif dan radikal bebas.

Dengan mematikan lampu ketika tidur malam hari, bukan hanya menjimatkan tenaga tetapi juga meningkatkan kesihatan tubuh.

Pengamal kesihatan yang lain, Lynne Eldridge MD yang juga penulis buku 'Avoiding Cancer One Day At A Time' juga menuliskan perempuan buta 80 peratus lebih kecil terkena risiko kanser payudara berbanding rata-rata perempuan lain. Diduga faktor hormon melatonin yang banyak ditubuhnya kerana penglihatan yang gelap membuatnya punya daya tahan tubuh yang lebih tinggi.

Pentingnya tidur malam hari dengan mematikan lampu baru-baru ini juga diteliti oleh para saintis dari Inggeris dan Israel. Penyelidik mendapati ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh menyebabkan ekspresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Para saintis mendakwa jika seseorang terbangun di malam hari dan menyalakan lampu selama beberapa saat, maka boleh menyebabkan perubahan biologi yang mungkin mengarah ke kanser.

Dr Rachel Ben-Sclomo dari University of Haifa menyatakan orang-orang yang bangun di malam hari disyorkan untuk tidak menyalakan lampu. Kami percaya bahawa setiap kali menyalakan cahaya buatan pada malam hari akan mempunyai kesan pada biologi tubuh, kerana ini adalah mekanisme yang sensitif. 

Dr Rachel menambah bahawa ini adalah penemuan terbaru dan masih sebatas penelitian pendahuluan. Namun kini ia dan pasukan tengah menganalisa wilayah ini secara lebih terperinci. Keputusan ini juga telah dilaporkan dalam jurnal Cancer Genetics and Cytogenetics.

No comments:

Post a Comment