Thursday 17 May 2018

Fasal 4 Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tentang agama Islam sebagai agama Persekutuan. Manakala Perkara 11 pula menetapkan setiap rakyat Malaysia berhak memilih untuk mengamalkan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing. mana-mana negara lain.

Namun kebebasan agama di Malaysia mempunyai erti yang berbeza berbanding fahaman kebanyakan orang.

Antara yang jelas wujud batasan kebebasan ialah Fasal 4 Perkara 11 yang menjelaskan "undang-undang negeri dan mengenai Wilayah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.
           
Fasal 4 Perkara 11 memang satu perkara yang khusus diamalkan di Malaysia. Ia satu perlindungan ekslusif terhadap agama Islam. Keadan ini sering diperdebatkan oleh golongan bukan Islam dan pihak luar. Mereka melihat satu tidak keadilan terhadap agama lain.

Namun, dalam apa juga yang dipertikaikan, termasuk oleh pihak dari luar negara yang dianggap lebih berpengaruh dan berkuasa secara global, kedudukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan setiap Perkara tidak dapat dicabar oleh mana-mana pihak. 

Biarpun ada pihak cuba melobi di peringkat antarabangsa untuk 'mencabar' kedudukan atau undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, ia tidak dapat mengubah apa yang telah ditetapkan.

Lihat saja contoh dalam kes berkaitan LGBT yang dituntut oleh COMANGO, tidak berjaya mengubah apa yang termaktub oleh Perlembagaan Persekutuan yang melarang amalan itu. 

Biarpun ditekan di peringkat antarabangsa, Malaysia kekal menolak amalan LGBT kerana bertentangan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bertentangan dengan nilai moral yang diamalkan rakyat Malaysia.

Justeru tidak ada pihak boleh memepertikaikan kedudukan Perlembgaan Persekutuan sebagai yang tertinggi, biarpun ada pihak yang mencabar perkara itu di mahkamah.

Keputusan mahkamah yang melihat dalam pelbagai sudut perundangan berdasarkan kepada Perkara yang bekaitan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memihak kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. 

Rujukan berkaitan kedudukan Islam di Malaysia turut ditinjau kepada sejarah Melayu dan takrif Melayu seperti dijelaskan dalam perlembagaan. 

Perkara 160: Tafsiran:-
“Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan:-
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;”

Maka itu, hal berkaitan dengan kedudukan keistimewaan Islam tidak hanya dilihat pada Perkara 3 sahaja. 

Dengan kata lain, mana-mana pihak mencabar kedudukan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan saja berkaitan Perkara 3, tetapi merangkumi Perkara dan terma rujukan lain yang berkaitan dengannya. 

No comments:

Post a Comment