Aura
merupakan potensi diri yang dimiliki setiap manusia, aura merupakan cahaya
energi tubuh yang terpancar dari jiwa dan raga manusia.
Pada dasarnya setiap anak manusia yang dilahirkan memiliki kadar aura yang sama, akan tetapi pada saat proses manusia menjalani kehidupan dan bertambahnya usia manusia setiap manusia jadi memiliki kadar aura yang berlainan.

Semua
itu dipengaruhi oleh banyak faktor diantaranya faktor lingkungan, keluarga,
masyarakat, tingkat keimanan seseorang kepada agamanya masing-masing dan
lain-lain.
Keletihan,
kekurangan tenaga, kemurungan, berfikiran negatif serta kelemahan sistem tenaga
yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan biasanya dikaitkan dengan
pemakanan seperti pengambilan makanan segera atau diproses serta gaya hidup
yang tidak sihat.
Selain
itu, tuntutan kerja, masalah rumah tangga dan peribadi akan menyebabkan sesetengah
individu menjadikan rokok, arak dan dadah sebagai penenang jiwa bagi
mengurangkan tekanan.
Namun
ramai tidak tahu penggunaan alat elektronik yang kerap seperti telefon bimbit,
radio, dan komputer menjadi punca kepada pendedahan radiasi yang tinggi sekali
gus tanpa sedar boleh merosakkan aura seseorang.
Walaupun lapisan aura tidak kelihatan pada pandangan mata kasar, kemajuan teknologi membolehkan lapisan ini dirakamkan dan diterjemahkan kesannya kepada diri seseorang sama ada mengalami kebocoran atau sebaliknya.

Arus
pemodenan dengan penghasilan alat elektronik yang menghasilkan gelombang EMF
atau elektromagnetik menjadi penyumbang utama kepada masalah kesihatan.
Di
dalam tubuh manusia terdapat jutaan sel yang terdiri daripada juzuk tenaga dan
kelihatan dalam bentuk cahaya.
Apabila manusia berinteraksi dengan peralatan elektronik ini, ia akan menghasilkan ketidakseimbangan tenaga yang menyebabkan aura negatif dan positif tidak seimbang. Kesannya individu menjadi tertekan, kurang daya ketahanan badan, mengantuk dan sentiasa berfikiran negatif.

Dr
Wilhelm Reich, seorang saintis dan juga psychiatrist menamakannya “orgone” dan
menemui bukti bahawa aliran tenaga dalam tubuh manusia mempunyai hubungan rapat
dengan keadaan fizikal dan psikologi manusia.
Reich mengakui bahawa teknik rawatan akupuntur yang diamalkan oleh tabib-tabib Cina semenjak ribuan tahun dahulu dengan melepaskan halangan tenaga yang tersekat dalam sistem saraf manusia mampu menghapuskan fikiran negatif, tekanan emosi dan kesakitan fizikal.

Pada
tahun 1930, Dr Lawrence Bendit dan Phoebe Bendit juga menemui bukti hubungan
antara medan tenaga manusia dengan kesihatan dan keupayaan penyembuhan tubuh, malah
kaitannya dengan kepercayaan agama dan kerohanian.
Ini
disokong oleh Dr Schafica Karagula dan Dr Dianne yang mendalami fenomena ini
dan berjaya mengkaitkannya sehingga kepada masalah gangguan fikiran otak
hinggalah ke perut.
Perlu
kita ingat, medan tenaga manusia ini adalah berasaskan tenaga yang dihasilkan
oleh sel-sel tubuh manusia yang bergetar disebabkan oleh getaran atom-atom
dalam sel tersebut.
Dr.
Richard Dobrin, Dr John Pierrakos dan Dr Barbara Ann Brennan pula membuat
kajian dan analisa terperinci tentang medan tenaga manusia ini dan berjaya
membuktikan bahawa tenaga ini juga menghasilkan sinar cahaya.
Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer.
Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer.
Kadar
sinar cahaya ini amat bergantung kepada kesihatan, perasaan dan emosi seseorang
dan penemuan yang paling menakjubkan adalah kaitannya dengan kepercayaan
keagamaan dan spiritual seseorang.
No comments:
Post a Comment