Di kalangan ahli PAS
mereka sudah serik untuk bergabung atau melakukan kerjasama dengan UMNO
disebabkan pengalaman ditendang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1977.
Ahli PAS sentiasa berpandangan parti itu hanya diperlukan oleh UMNO ketika BN lemah dan akan ditendang keluar atau tidak lagi dihargai apabila BN dan UMNO kembali kuat.
Ahli PAS sentiasa berpandangan parti itu hanya diperlukan oleh UMNO ketika BN lemah dan akan ditendang keluar atau tidak lagi dihargai apabila BN dan UMNO kembali kuat.
Marilah kita melihat
sejarah mengapa PAS ditendang keluar dari BN berdasarkan kepada ucapan penuh Tun Hussin Onn pada tahun 1977 selaku
Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri pada ketika itu.
“Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan
kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari
jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini.
Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh
suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah
banyak berjasa kepada UMNO dan negara.
Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Datuk Seri Ali Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam
perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan
secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang
diadakan pada petang ini.
Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan
kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah
dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam
pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO.
Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat banyak
pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional.
Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan
Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat
kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa
kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan
penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan
mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional
akan mencapai kejayaan.
Barisan Nasional merupakan satu federasi yang
longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti
partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan
semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling
penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.
Semangat kerjasama dan persefahaman adalah
penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan
dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi
tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak
selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan
Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan
yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974.
UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.
UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.
Parti-parti politik yang bercorak gabungan
seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah.
Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu
masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula
lagi.
Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan
Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun
perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah
penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur.
Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Datuk Mohamad Nasir
telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat
tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua
Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara
majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri
langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Datuk Mohamad Nasir sebagai
Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk
pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang
diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan
pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana
UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Datuk Haji
Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya.
Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan
Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang
buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang
tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan
rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak
dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab
di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil
langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan.
Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di
Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama
ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang
pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya
memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di
Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan
di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan
dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.
Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati
sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan
kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa
berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang
wajib sahaja.
Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan
Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera
yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai
anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju
pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan
rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah
sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS.
Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.
Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.
Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya
mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih
besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa,
kecederaan dan kemusnahan harta benda.
Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan
disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak
faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya.
Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan
parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini
dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan
disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua
tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional
selama ini.
Disiplin adalah paling mustahak dalam
penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri
sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan
seperti parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO
selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta
menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang
ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu
sendiri.
Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga
mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah
dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan
ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu.
Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya
jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di
atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.
Yang bertanggungjawab di atas kepentingan,
keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh
tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada
saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat
ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah
Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana
Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana
menteri-menteri dari PAS menganggotainya.
Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah
Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi
penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan
kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh
membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah
mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.
Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan
keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di
Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah
lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar
yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO.
Di antara yang yang paling baru ialah di
negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang
meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan
perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan
kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk
pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini
dirundingkan dengan kita terlebih dahulu?
Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak
memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan
gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal
dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian
pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang
akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang
hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?
Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat
demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja
ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional?
Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO
sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan
memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS.
UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran
bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib
seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa
pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan
daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu
provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.
Kita sering kali juga mendengar desakan
supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional,
Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama
tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting PAS dalam
kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah
faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS
yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan
bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah
perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti
peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai.
Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak
berfaedah.
Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah,
tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan
tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan
dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian
ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional
pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan
suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar
disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan
Fasal tersebut bagi memecat PAS.
Barisan Nasional masih lagi, jika boleh,
berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian,
disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan
Nasional hidup berpanjangan.
Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.
Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.
Tolak ansur ini merupakan usul yang
berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang
arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan
rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin
terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas
itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan
pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah
kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan
berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan
Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu.
Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada
pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang
kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam
tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya
terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang
terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang
Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan
keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan
pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat
tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan
Nasional.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan
pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada
Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita
mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil
tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya
pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan
Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada
Barisan Nasional.
Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian
UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti
anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya
mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang
akan datang ini.
Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan
dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang
telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.
UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan
pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci,
demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati
kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya
bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati
lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan
Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta
petunjuk dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita
sepenuhnya kepada Allah.”
No comments:
Post a Comment