Tuesday 14 August 2018

Buah senduduk rasa manis

Pokok senduduk merupakan tumbuhan renek berkayu separa lembut yang sangat cepat membiak. Senduduk lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan. 

Pokok senduduk boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 centimeter. Daun hijau, tkestur kasar ditutupi dengan bulu-bulu halus.  

Pokok senduduk cepat berbunga dan berbuah. Bunga senduduk memang cantik semasa kembang. Bunganya besar dan boleh mencapai sehingga 7 centimeter. Bunga senduduk menjadi pilihan serangga mennghisap cecair bunganya.

Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis jika dimakan. Buah matangnya mengandungi banyak biji benih yang akan tumbuh menjadi pokok baru. Buah senduduk akan pecah apabila matang. Jika makan buah senduduk akan meninggalkan warna unggu di lidah.

Budak-budak dahulu suka makan buah senduduk yang telah masak. Manakala buah yang belum masak pula dijadikan peluru senapang kayu.


No comments:

Post a Comment